Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Maryam
1
ﭑ ﭒ
Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad.
2
ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ
Ini ialah perihal limpah rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya Zakaria.
3
ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ
Ingatlah peristiwa tatkala Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, dengan doa permohonan secara perlahan.
4
ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ
Ia berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulangku, dan berubanlah kepalaku; dan aku ya Tuhanku! tidak pernah hampa berdoa kepada-Mu.
5
ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ
Dan sesungguhnya aku bimbangkan kaum kerabatku sepeninggalanku; dan isteriku seorang yang mandul; maka kurniakanlah daku dari sisimu seorang anak.
6
ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ
Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai.
7
ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ
Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira buatmu dengan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah namakan sebelumnya.
8
ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ
Zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku mandul, dan aku sendiri telah sampai umur yang amat tua?
9
ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ
Penyeru itu berkata: Demikianlah! firman Tuhanmu: Hal itu mudah bagi-Ku, sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu sedangkan kamu belum ada.
10
ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ
Zakaria berkata: Ya Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku. Allah berfirman: Tandamu ialah kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat.