Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Fussilat
2
ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ
Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 41002
3
ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ
Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya; Bacaan dalam bahasa Arab bagi faedah orang yang mengetahui dan memahami kandungannya. 41003
4
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ
Sebagai berita yang gembira dan peringatan; tetapi kebanyakan mereka berpaling ingkar, maka dengan sebab itu mereka tidak mahu mendengar. 41004
5
ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ
Dan mereka berkata: Hati kami tertutup daripada apa yang engkau seru kami kepadanya, dan pada telinga kami ada penyumbat, serta di antara kami denganmu ada sekatan; oleh itu, bekerjalah engkau untuk agamamu, sesungguhnya kami juga tetap bekerja untuk mempertahankan kepercayaan kami! 41005
6
ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ
Katakanlah: Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka tetaplah kamu di atas jalan yang lurus, serta pohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan besar bagi orang yang mempersekutukan-Nya. 41006
7
ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ
Iaitu orang yang tidak memberi zakat dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat. 41007
8
ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ
Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal yang salih, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus. 41008
9
ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ
Katakanlah: Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya! Yang demikian ialah Allah Tuhan sekalian alam. 41009
10
ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ
Dan Ia menjadikan di bumi gunung-gunung yang kukuh di atasnya, dan Ia memberkati padanya; dan Ia menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta oleh mereka; semuanya itu berlaku dalam empat masa. 41010