Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Az Zalzalah
1
ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. 99001
2
ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya. 99002
3
ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?. 99003
4
ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya. 99004
5
ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). 99005
6
ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. 99006
7
ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 99007
8
ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 99008