Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
At Taghaabun
1
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucapkan tasbih kepada Allah; bagi-Nyalah kuasa pemerintahan, dan bagi-Nyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 64001
2
ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ
Dialah yang mencipta kamu; maka di antaramu ada yang kafir dan sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. 64002
3
ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ
Ia menciptakan langit dan bumi dengan benar dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepada-Nyalah tempat kembali. 64003
4
ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ
Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. 64004
5
ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ
Bukankah telah sampai kepada kamu berita mengenai orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. 64005
6
ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ
Demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan maka mereka berkata: Patutkah manusia memberi petunjuk kepada kami? Lalu mereka kufur serta berpaling; dan Allah tidak memerlukan mereka; dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi Tetap terpuji. 64006
7
ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ
Orang kafir mengatakan bahawa mereka tidak akan dibangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. 64007
8
ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ
Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya serta cahaya Al-Qur'an yang Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. 64008
9
ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ
(Ingatlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan, itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal salih, nescaya Allah ampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. 64009
10
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ
Dan orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, merekalah ahli Neraka, kekallah mereka di dalamnya; itulah seburuk-buruk tempat kembali. 64010