Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
At Taariq
1
ﭑ ﭒ ﭓ
Demi langit dan At-Taariq. 86001
2
ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia At-Taariq itu? 86002
3
ﭙ ﭚ ﭛ
(At-Taariq) ialah bintang yang menembus (sinaran cahayanya). 86003
4
ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga. 86004
5
ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ
Maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan. 86005
6
ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ
Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim). 86006
7
ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ
Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan. 86007
8
ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati). 86008
9
ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ
Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya). 86009
10
ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ
Maka tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan, dan tidak ada penolong. 86010