Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Asy Syura
2
ﭓ ﭔ
Aiin, Siin, Qaaf. 42002
3
ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ
Demikianlah diwahikan kepadamu dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 42003
4
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ
Dialah yang menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Dialah Yang Tertinggi keadaannya, lagi Maha Besar kekuasaan-Nya. 42004
5
ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ
Alam langit nyaris-nyaris pecah dari sebelah atasnya dan malaikat bertasbih dengan memuji Tuhannya serta memohon ampun bagi makhluk-makhluk yang ada di bumi. Ingatlah! Sesunggguhnya Allah, Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 42005
6
ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ
Dan orang yang menjadikan selain dari Allah sebagai pelindung, Allah akan mengawasi tingkah laku mereka; dan kamu bukanlah menjadi wakil mereka. 42006
7
ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ
Dan demikianlah Kami wahikan kepadamu Al-Qur'an dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada penduduk Ummul-Qura dan penduduk di kelilinginya, serta memberi peringatan mengenai hari perhimpunan yang tidak ada syak padanya; Pada hari itu sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka. 42007
8
ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ
Dan jika Allah kehendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat; akan tetapi Allah memasukkan sesiapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya; dan orang yang zalim tidak ada baginya seorang pelindung dan tidak juga pemberi pertolongan. 42008
9
ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ
Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu selain Allah sebagai pelindung kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 42009
10
ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ
Dan apa jua perkara yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Demikian itulah Allah Tuhanku; kepada-Nyalah aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku rujuk kembali. 42010