Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Asy Syams
1
ﭑ ﭒ ﭓ
Demi matahari dan cahayanya yang terang benderang. 91001
2
ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ
Dan bulan apabila ia mengiringinya. 91002
3
ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata. 91003
4
ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap gelita). 91004
5
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ
Demi langit dan yang membinanya (yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaan-Nya). 91005
6
ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ
Serta bumi dan yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhluk-Nya). 91006
7
ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ
Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya. 91007
8
ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ
Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan. 91008
9
ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih. 91009
10
ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya. 91010