Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
An Nahl
1
ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ
Telah datang janji yang ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Ia dari apa yang mereka sekutukan.
2
ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ
Ia menurunkan malaikat membawa wahi dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; Iaitu hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada-Ku.
3
ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ
Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
4
ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ
Ia menciptakan manusia dari air benih, tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.
5
ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ
Dan diciptakan-Nya binatang ternak untuk kamu; terdapat padanya benda yang memanaskan dan beberapa faedah lain; dan daripadanya kamu makan.
6
ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ
Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan ketika kamu membawanya balik untuk berehat, dan ketika kamu membawanya keluar.
7
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ
Dan ia membawa barang-barang kamu ke suatu negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan bersusah payah. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
8
ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ
Dan Dia menjadikan kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk perhiasan; dan Ia ciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
9
ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ
Dan hak Allahlah menunjukkan jalan yang lurus; dan di antaranya ada yang terpesong; jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua.
10
ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ
Dialah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menumbuhkan tumbuhan untuk kamu lepaskan binatang-binatang ternak makan.