Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
An Naba
1
ﭑ ﭒ ﭓ
Tentang apakah mereka bertanya-tanya? 78001
2
ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ
Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya). 78002
3
ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ
Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya. 78003
4
ﭝ ﭞ ﭟ
Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian) Mereka akan mengetahui. 78004
5
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ
Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak. 78005
6
ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ
Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? 78006
7
ﭩ ﭪ ﭫ
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? 78007
8
ﭬ ﭭ ﭮ
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang? 78008
9
ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? 78009
10
ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? 78010