Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
An Naazi aat
1
ﮢ ﮣ ﮤ
Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut dengan cara yang sekasar-kasarnya. 79001
2
ﮥ ﮦ ﮧ
Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya. 79002
3
ﮨ ﮩ ﮪ
Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak. 79003
4
ﮫ ﮬ ﮭ
Lalu masing-masing berlumba-lumba (menjalankan tugasnya) dengan cara yang bersungguh-sungguh. 79004
5
ﮮ ﮯ ﮰ
Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya! 79005
6
ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ
Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam. 79006
7
ﯖ ﯗ ﯘ
Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua. 79007
8
ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ
Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut. 79008
9
ﯝ ﯞ ﯟ
Pemandangannya tunduk gerun. 79009
10
ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ
Mereka (yang ingkar) berkata: Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu? 79010