Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Qamar
1
ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan. 54001
2
ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ
Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: Ini adalah sihir yang terus menerus berlaku. 54002
3
ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ
Dan mereka berdusta serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah. 54003
4
ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ
Dan sesungguhnya! Telah sampai kepada mereka sebahagian dari kisah-kisah dan berita yang mengandungi ancaman. 54004
5
ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ
(Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala peringatan dan amaran tidak akan mendatangkan faedah. 54005
6
ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ
Oleh itu, berpalinglah dari mereka. (Ingatlah) masa seorang penyeru akan menyeru kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah). 54006
7
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ
(Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti belalang yang terbang bertebaran. 54007
8
ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ
Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. Orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang sangat-sangat sukar! 54008
9
ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah berdusta; mereka mendustakan hamba Kami dengan berkata: Ia seorang gila; dan ia telah diancam. 54009
10
ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ
Lalu ia berdoa kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan, oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)! 54010