Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Mutaffiffin
1
ﯖ ﯗ ﯘ
Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). 83001
2
ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ
Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, 83002
3
ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ
Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. 83003
4
ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ
Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? 83004
5
ﯬ ﯭ ﯮ
Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). 83005
6
ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ
Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? 83006
7
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ
Tidak sepatutnya! Sesungguhnya kitab suratan amal orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam Sijjiin. 83007
8
ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia Sijjiin itu. 83008
9
ﭝ ﭞ ﭟ
Ialah (tempat simpanan) kitab catatan yang jelas nyata. 83009
10
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ
Kecelakaan besar, pada hari itu bagi orang yang mendustakan. 83010