Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Mursalaat
1
ﮑ ﮒ ﮓ
Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya). 77001
2
ﮔ ﮕ ﮖ
Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya. 77002
3
ﮗ ﮘ ﮙ
Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya. 77003
4
ﮚ ﮛ ﮜ
Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya. 77004
5
ﮝ ﮞ ﮟ
Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia). 77005
6
ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ
Untuk menghapuskan kesalahan orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang yang ingkar. 77006
7
ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ
(Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku. 77007
8
ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ
Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap. 77008
9
ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ
Dan apabila langit terbelah. 77009
10
ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ
Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan. 77010