Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Mu minuun
1
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. 23001
2
ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. 23002
3
ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. 23003
4
ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu. 23004
5
ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. 23005
6
ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. 23006
7
ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas. 23007
8
ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. 23008
9
ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. 23009
10
ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ
Mereka itulah orang yang berhak mewarisi. 23010