Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Mu min
2
ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ
Turunnya Al-Qur'an ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. 40002
3
ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ
Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azab-Nya; Yang Melimpah kurnia; tiada Tuhan selain Dia; Kepada-Nya tempat kembali. 40003
4
ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah kecuali orang kafir. Oleh itu janganlah kamu tertipu oleh kebebasan mereka bergerak di bandar ini. 40004
5
ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ
Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh dan puak yang bergabung sesudah kaum Nuh itu telah mendustakan Rasul-rasulnya; dan tiap-tiap umat di antaranya telah berniat untuk menawannya; dan mereka pula telah membantah dengan perkara yang salah itu; untuk menghapuskan kebenaran dengan perkara yang salah itu sebab itu Aku binasakan mereka. Maka lihatlah bagaimana kesan azab-Ku! 40005
6
ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ
Dan demikianlah juga tetapnya hukuman Tuhanmu terhadap orang kafir, kerana sesungguhnya mereka ialah ahli Neraka. 40006
7
ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ
Malaikat yang memikul 'Arasy dan malaikat yang di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman Kepada-Nya; serta mereka memohon ampun bagi orang yang beriman: Wahai Tuhan kami! Rahmat-Mu dan llmu-Mu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang yang bertaubat serta menurut jalan-Mu, dan peliharalah mereka dari azab Neraka. 40007
8
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ
Wahai Tuhan kami! Masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn, yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan orang yang layak di antara ibubapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 40008
9
ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ
Dan peliharalah mereka dari kejahatan-kejahatan; dan sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena kejahatan-kejahatan; maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat Kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar. 40009
10
ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ
Sesungguhnya orang kafir akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka: Demi sesungguhnya! Kebencian Allah kepada kamu lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri sendiri, semasa kamu diseru dan diajak supaya beriman, lalu kamu terus berkeadaan kufur. 40010