Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Kahfi
1
ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ
Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya, Kitab Suci Al-Qur'an dan tidak menjadikannya sesuatu yang bengkok. 18001
2
ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ
Sebagai bimbingan yang lurus; untuk memberi amaran akan azab yang berat di sisi Allah dan berita gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. 18002
3
ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ
Mereka tinggal tetap dalam balasan yang baik itu selama-lamanya. 18003
4
ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ
Dan juga Al-Qur'an itu memberi amaran kepada orang yang berkata: Allah mempunyai anak. 18004
5
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ
Mereka tiada mempunyai pengetahuan mengenainya, dan tiada juga datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. 18005
6
ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ
Maka janganlah kamu membinasakan dirimu kerana berdukacita terhadap perbuatan mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Qur'an ini. 18006
7
ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ
Sesungguhnya Kami jadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. 18007
8
ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu sebagai tanah yang tandus. 18008
9
ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ
Adakah kamu menyangka kisah Ashaabul-Kahfi dan Ar-Raqiim itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? 18009
10
ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ
Ingatlah ketika serombongan orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. 18010