Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Insyiqaaq
1
ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ
Apabila langit terbelah. 84001
2
ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh. 84002
3
ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ
Dan apabila bumi diratakan. 84003
4
ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong. 84004
5
ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh. 84005
6
ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menuju) kepada Tuhanmu, maka engkau pasti akan menemui-Nya. 84006
7
ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ
Kemudian sesiapa yang diberi surat amalnya dengan tangan kanannya. 84007
8
ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan. 84008
9
ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. 84009
10
ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ
Dan sesiapa yang diberi surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya. 84010