Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Insaan
1
ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut. 76001
2
ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ
Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari air mani yang bercampur, oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. 76002
3
ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ
Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya jalan-jalan sama ada ia bersyukur, atau pun ia berlaku kufur. 76003
4
ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ
Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang. 76004
5
ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ
Sesungguhnya orang yang berbakti akan minum dari piala jenis minuman yang bercampur dengan Kafur. 76005
6
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ
Iaitu sebuah mata air yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah; mereka boleh mengalirkannya dengan sebaik-baik aliran menurut kemahuannya. 76006
7
ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ
Mereka menyempurnakan nazarnya serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. 76007
8
ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ
(Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan. 76008
9
ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ
Sesungguhnya kami memberi makan kepadamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak menghendaki sebarang balasan darimu atau ucapan terima kasih. 76009
10
ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ
Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang yang bersalah masam berkerut-kerut. 76010