Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Infitaar
1
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ
Apabila langit terbelah. 82001
2
ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ
Dan apabila bintang-bintang gugur bertabur. 82002
3
ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ
Dan Apabila lautan pecah bercampur-baur. 82003
4
ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan. 82004
5
ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ
(Setelah semuanya itu berlaku), mengetahuilah tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakannya dan ditinggalkannya. 82005
6
ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ
Wahai Manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah? 82006
7
ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ
Tuhan yang telah menciptakan dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai, serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) seimbang; 82007
8
ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, Ia menyusun kejadianmu. 82008
9
ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. 82009
10
ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, 82010