Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Hijr
1
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ
Alif, Laam, Raa. Ini ialah ayat-ayat Kitab dan Al-Qur'an yang memberi penjelasan. 15001
2
ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ
Ada masanya orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang Islam. 15002
3
ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ
Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dan dilalaikan oleh angan-angan; kelak mereka akan mengetahui akibat perbuatan mereka. 15003
4
ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ
Dan tiadalah Kami binasakan penduduk sesebuah negeri melainkan ada baginya tempoh yang tertentu dan termaklum. 15004
5
ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ
Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan, dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya. 15005
6
ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ
Dan mereka yang ingkar berkata): Wahai orang yang kepadanya diturunkan Al-Qur'an, sesungguhnya engkau adalah orang gila. 15006
7
ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ
Sepatutnya engkau membawakan malaikat kepada kami, jika betul engkau dari orang yang benar. 15007
8
ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ
Tiadalah Kami turunkan malaikat melainkan dengan benar, dan ketika itu mereka yang ingkar tidak akan diberi tempoh lagi. 15008
9
ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. 15009
10
ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu, di kalangan kaum-kaum yang telah lalu. 15010