Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Haaqqah
1
ﮯ ﮰ
Saat yang tetap berlaku itu. 69001
2
ﮱ ﯓ ﯔ
Apakah dia sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? 69002
3
ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang sifat dan keadaan saat yang tetap berlaku itu? 69003
4
ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ
Kaum Thamus dan Aad telah mendustakan hari (kiamat) yang menggemparkan. 69004
5
ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ
Maka adapun Thamud (kaum Nabi Salih), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau-lampau dahsyatnya. 69005
6
ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ
Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang yang melampau-lampau kencangnya. 69006
7
ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka itu batang-batang pohon kurma yang tumbang. 69007
8
ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ
Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)? 69008
9
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ
Dan datanglah Firaun, dan orang yang sebelumnya, serta penduduk negeri-negeri yang telah ditunggang balikkan disebabkan perkara-perkara yang salah. 69009
10
ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ
Iaitu masing-masing menderhaka kepada Rasul (yang diutuskan oleh) Tuhan mereka, lalu Allah menyeksa mereka dengan azab yang sentiasa bertambah. 69010