Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Ghaasyiyah
1
ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? 88001
2
ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ
Muka (orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina. 88002
3
ﭭ ﭮ ﭯ
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah. 88003
4
ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ
Mereka tetap menderita bakaran neraka yang sangat-sangat panas (membakar). 88004
5
ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ
Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya. 88005
6
ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ
Tiadalah makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri. 88006
7
ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ
Yang tidak menggemukkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun. 88007
8
ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ
(Sebaliknya) muka (orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. 88008
9
ﮋ ﮌ ﮍ
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik, yang telah dikerjakannya di dunia). 88009
10
ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ
(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya). 88010