Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Balad
1
ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ
Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini. 90001
2
ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ
Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas). 90002
3
ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ
Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya. 90003
4
ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran. 90004
5
ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ
Patutkah manusia yang demikian keadaannya menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kuatkuasanya (dan menyeksakannya)? 90005
6
ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ
Manusia yang demikian keadaannya berkata: Aku telah habiskan harta-benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa). 90006
7
ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ
Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan hartabendanya itu)? 90007
8
ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ
Tidakkah Kami telah menjadikan baginya dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan Kami)? 90008
9
ﮝ ﮞ ﮟ
Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? 90009
10
ﮠ ﮡ ﮢ
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. 90010