Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Araaf
1
ﭑ ﭒ
Alif, Laam, Miim, Saad.
2
ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ
(Inilah) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu. Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Qur'an itu dan menjadi peringatan bagi orang yang beriman.
3
ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ
Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu, dan janganlah kamu menurut pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.
4
ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika berehat pada tengahari.
5
ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ
Maka tidak ada keluhan mereka ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka berkata: Sebenarnya kami adalah orang yang zalim.
6
ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ
Maka sesungguhnya Kami akan menyoal umat yang telah diutuskan (Rasul) kepada mereka, dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga Rasul itu.
7
ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ
Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka dengan pengetahuan, dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib.
8
ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ
Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik) maka mereka itulah orang yang berjaya.
9
ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ
Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik) maka mereka itulah orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami.
10
ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya penghiupan, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.