Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Al Anbiyaa
1
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ
Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya, sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
2
ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ
Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan dari Tuhan mereka melainkan mereka mendengarnya sambil mereka mempermainkannya.
3
ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ
Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: Bukankah Muhammad ini manusia seperti kamu? Maka patutkah kamu menerima sihirnya sedang kamu melihat dan mengetahuinya?
4
ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ
Nabi Muhammad berkata: Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan di langit dan di bumi; dan Dialah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
5
ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ
Bahkan mereka berkata: Al-Qur'an itu adalah perkara mimpi, bahkan perkara yang diada-adakan, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. Maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu.
6
ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ
Tidak ada sesebuah negeri pun sebelum mereka yang Kami binasakan walhal penduduknya beriman; adakah benar mereka mahu beriman?
7
ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka; maka bertanyalah kamu kepada Ahlu'dz-Dzikri jika kamu tidak mengetahui.
8
ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ
Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya di dunia.
9
ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ
Kemudian Kami tepati janji kepada mereka, lalu Kami selamatkan mereka dan siapa yang Kami kehendaki, dan Kami binasakan orang yang melampaui batas.
10
ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang mengandungi pengajaran bagimu, maka mengapa kamu tidak memahaminya?