Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Adz Dzaariyat
1
ﯤ ﯥ ﯦ
Demi angin yang menerbangkan dengan sesungguh-sungguhnya. 51001
2
ﯧ ﯨ ﯩ
Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya ke tempat yang dikehendaki. 51002
3
ﯪ ﯫ ﯬ
Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya. 51003
4
ﯭ ﯮ ﯯ
Dan malaikat-malaikat yang membahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya. 51004
5
ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ
Bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu mengenai hari akhirat tetap benar. 51005
6
ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ
Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku. 51006
7
ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya. 51007
8
ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlain-lain pendapat mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. 51008
9
ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ
Dipalingkan daripada perselisihan itu orang yang telah dipalingkan Allah. 51009
10
ﭟ ﭠ ﭡ
Binasalah orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja. 51010