Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
Abasa
1
ﭑ ﭒ ﭓ
Ia memasamkan muka dan berpaling. 80001
2
ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ
Kerana ia didatangi orang buta. 80002
3
ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ
Dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya! 80003
4
ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. 80004
5
ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Qur'an). 80005
6
ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ
Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. 80006
7
ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ
Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). 80007
8
ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ
Adapun orang yang segera datang kepadamu. 80008
9
ﭴ ﭵ ﭶ
Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah). 80009
10
ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ
Maka engkau berlengah-lengah melayaninya. 80010