Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Hud  

81

ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ ﰃ ﰄ ﰅ ﰆ ﰇ ﰈ ﰉ ﰊ ﰋ ﰌ ﰍ ﰎ ﰏ ﰐ ﰑ ﰒ ﰓ ﰔ ﰕ ﰖ ﰗ ﰘ ﰙ ﰚ ﰛ

(Mendengarkan yang demikian), tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami adalah (malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepada mu (sebarang bencana). Oleh itu pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorang pun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat? 11081

 

82

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ

Maka apabila datang perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tonggang terbalik, dan Kami hujaninya batu-bata dari tanah terbakar bertalu-talu. 11082

 

83

ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, dan ia pula tidaklah jauh dari orang yang zalim itu. 11083

 

84

ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ

Dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Tiada bagi kamu Tuhan selain daripada-Nya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam keadaan baik; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi. 11084

 

85

ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ

Dan wahai kaumku! Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu kurangkan kepada manusia benda-benda yang menjadi haknya, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi. 11085

 

86

ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ

Limpah kurnia Allah kepada kamu lebih baik bagimu, jika kamu orang yang beriman. Dan aku bukanlah orang yang menjaga dan mengawas perbuatan kamu. 11086

 

87

ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ

Mereka berkata: Hai Syuaib! Adakah sembahyangmu menyuruhmu perintahkan kami meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau kami tinggalkan apa yang kami lakukan tentang harta kami? Sesungguhnya engkau adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal. 11087

 

88

ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ ﯷ ﯸ ﯹ ﯺ ﯻ ﯼ ﯽ ﯾ ﯿ ﰀ ﰁ ﰂ

Nabi Syuaib berkata: Wahai kaumku! Bagaimana fikiranmu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku rezeki yang baik daripada-Nya sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada-Nya aku berserah diri dan kepada-Nyalah aku kembali. 11088

 

89

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ

Dan wahai kaumku! Janganlah permusuhan kamu terhadapku menyebabkan kamu ditimpa bala bencana sebagaimana yang telah menimpa kaum Nabi Nuh, atau kaum Nabi Hud, atau kaum Nabi Salih. Dan kaum Nabi Lut pun tidaklah jauh dari kamu. 11089

 

90

ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ

Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih. 11090





 

                      

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |  10 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768