Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran

 

 

Al Mu minuun  

61

ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ

Mereka itulah orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang yang mendahului pada mencapainya. 23061

 

62

ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ

Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada Kitab yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya. 23062

 

63

ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ

(Mereka tidak juga berfikir) bahkan hati mereka dalam kejahilan, dari memahami ajaran Al-Qur'an ini; dan mereka pula mempunyai amal-amal selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya. 23063

 

64

ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ

Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang yang mewah di antara mereka, maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong. 23064

 

65

ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ

Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami. 23065

 

66

ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ

(Kerana) sesungguhnya ayat-ayat-Ku telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang. 23066

 

67

ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ

Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari. 23067

 

68

ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ

Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu? 23068

 

69

ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ

Atau kerana mereka tidak kenal Rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya? 23069

 

70

ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ

Atau kerana mereka mengatakan: Dia kena penyakit gila? bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa agama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran. 23070





 

                      

Kembali Ke Muka Hadapan                                                               Muka: 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |  8 | 9 | 10 |

    

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768