Silalah: Klik untuk paparan ayat Al-Quran
As Saaffaat
31
ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ
(Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai azab itu. 37031
32
ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ
(Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang sesat. 37032
33
ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ
Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama. 37033
34
ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ
Sesungguhnya demikianlah Kami lakukan kepada orang yang berdosa. 37034
35
ﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ
Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya: Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah, mereka menyombongkan diri. 37035
36
ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ ﮣ
Dan mereka berkata: Patutkah kami meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana ajakan seorang penyair gila? 37036
37
ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ
(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah datang dengan membawa kebenaran (tauhid), dan membenarkan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya). 37037
38
ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ
Sesungguhnya kamu wahai orang musyrik akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 37038
39
ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ
Dan kamu tidak dibalas melainkan balasan yang sepadan dengan apa yang kamu telah kerjakan. 37039
40
ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkandari sebarang syirik. 37040