Tanya Ulama: Soalan Paling Popular
Soalan
1-10 dari
7,638 soalan
Kemukakan/hantar Soalan
1.
apa itu sumbang mahram???
Jawapan Sumbang mahram adalah perlakuan seksual antara lelaki dan perempuan yang haram berkahwin dan ia dilarang dalam Islam. Oleh itu ia akan memberi kesan yang buruk kepada institusi keluarga itu sendiri. "
"
2.
Tuan, ada faktwa majlis agama mengatakan ASB halal (kedah dan perak)dan ada pula majlis agama mengatakan haram (selangor) jadi mana satu nak ikut..?
Jawapan Setiap negeri di Malaysia ada Majlis Fatwa Negeri yang mengeluarkan keputusan fatwa mengenai sesuatu isu berdasarkan kepada kaedah ijtihad masing-masing. Justeru perbezaan pendapat tidak dapat dielakkan. Ini selaras dengan maksud hadis Rasullullah SAW : "Perbezaan pendapat umatku adalah satu rahmat". Justeru itu tuan boleh memilih mana-mana fatwa yang bersesuaian.Justeru "
"
3.
seorang suami akan menanggung dosa kiranya tidak menegur isterinya yg tidak menutup aurat dgn sempurna tetapi jika sudah dinasihati berulang kali tetapi isterinya berkata"dia akan tutup aurat dgn sempurna satu hari nanti"apakah suami akan menanggung dosa isterinya itu?
Jawapan Dalam situasi ini, si suami tidak lagi menaggung dosa isterinya malah si isteri tersebut yang berdosa kerana ingkar perintah suami dan tidak taat kepada perintah suaminya.Apalah ertinya hidup di dunia ini jika kita dalam sebuah keluarga tidak dapat mentaati perintah Allah S.W.T. yang menyuruh klita berbuat demikian.Muhasabahlah diri kita sendiri di mana tanggungjawab kita sebagai hamba Allah yang menciptakan kita untuk mengabdikan seluruh kehidupan kita kepadaNya.Perbanyakkanlah berdoa semoga hati isteri mendapat hidayat Allah dan dapat mengerjakan suruhan Allah ini."
"
4.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya melangar nazar yang telah dibuat?
Jawapan Telah dijawab pada 250707"
"
5.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya melangar nazar yang telah dibuat?
Jawapan Sekiranya saudara melanggar nazar yang telah dibuat, saudara wajib membayar kifarat seperti berikut: i) memberi makan 10 orang fakir miskin, ii)memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin, iii) memerdekakan hamba dan iv) jika tidak mampu hendaklah berpuasa 3 hari berturut-turut."
"
6.
akum uztaz, saya seorang yang panas baran dan sukar untuk memaaafkan kesalahan orang lain. apa amalan yang boleh saya lakukan untuk menghapuskan sifat ini
Jawapan Wa'alaikumussalam wbt. Di antara amalan yang boleh menghapuskan panas baran ialah 1. mengambil wuduk 2.solat sunat 3.Membaca Al-Quran 4.Beristighfar dan berzikir 5. Banyakkan bersabar 6.Berusaha memujuk hati untuk menerima pandangan orang lain dan lain-lain sifat yang mulia."
"
7.
ustaz , saya ada masalah dengan anak lelaki dia suka menberota saya dan suami cuba nasihat tetapi dia masih belum berubah ustaz boleh kasi ayat untuk tenangkan dia supaya ingat keluarga selalu umur anak saya 13 tahun
Jawapan Saudari boleh amalkan membaca surah al-Fatihah dan hembuskan di dalam air tersebut dan beri minum kepadanya.Saudari boleh juga membaca yasin dalam satu keluarga atau dengan menjemput ahli jemaah masjid yang berhampiran untuk membaca yasin beramai-ramai dengan membuat sedikit kenduri dan diletakkkan air mineral ketika bacaan yasin itu dilakukan dan apabila telah selesai bacaan yasin berkenaan, berilah air tersebut kepada anak untuk meminumnya."
"
8.
ustaz, apakah berdosa melakukan perbuatan mengeluarkan air mani dgn sgja? bagaimana cra untuk menghentikan perbuatan ini?
Jawapan Melakukan onani adalah perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Dalam hal ini, saudara dinasihatkan supaya bertaubat dan melakukan amal ibadah seperti puasa. Jika mampu, saudara dinasihatkan supaya menyegerakan perkahwinan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka kahwinlah. Sesungguhnya ia (berkahwin) memelihara pandangan dan memelihara kemaluan, dan barangsiapa tidak mampu, maka baginya berpuasa. Sesungguhnya padanya mencegah dan mengawal nafsu.""
"
9.
apakah hukum perasaan yang wujud antara kaum sejenis dan apakah cara dan doa amalan agar tidak terjebak jauh dengan gejala ini?
Jawapan Perasaan yang wujud antara kaum sejenis adalah haram. Untuk mengelak daripada terjebak dalam masalah ini cuba banyakkan baca al-Quran, zikir dan banyakkan berdoa supaya Allah bagi kekuatan."
"
10.
assalamualaikum..sy ditugaskan oleh pensyarah sy untuk menyiapkan tugasan berkaitan dengan khalwat..bolehkah saudara panel terangkan maksud khlawat berserta huraiannya dan contoh..terima kasih
Jawapan Khalwat ialah lelaki dan perermpuan berdua-duaan di tempat yang sunyi, jauh daripada orang ramai yang boleh mendatangkan syak dan mendorong kepada perbuat maksiat seperti zina."
"