Koleksi Siri-siri Video .
|
Kemusykilan Agama: Soalan Paling Popular
Soalan
81-90 dari
7,638 soalan
Kemukakan/hantar Soalan
81.
Mengikut apa yg sy dgr, hukum mencukur bulu kemaluan bg lelaki adalah harus & makruh bg wanita.. Adakah ia benar & ada tak dalil2 mengenainya?
Jawapan Hukum mencukur bulu ari-ari adalah sunat bagi lelaki dan perempuan. Sebagaimana hadis Nabi SAW, riwayat Bukhari,Muslim ,Ibnu Majah: 5 perkara merupakan perkara fitrah : al-Khitan (bersunat) mencukur bulu ari-ari,memotong misai,memotong kuku dan mencabut bulu ketiak (Hadis Sahih)"
"
82.
Assalamualaikum.saya ada terbaca dalam ruangan soalan2 yang dijawab oleh pihak tuan,disini saya terdapat sedikit kemuskilan berkenaan dengan hal mencukur bulu kaki atau tangan,didalam ruangan tersebut pihak tuan telah menyatakan bahawa kita boleh mencukur bulu roma kaki atau tangan sekiranya ia mendatangkan keaiban kepada seseorang itu,disini saya ingin bertanya apakah contoh keaiban disitu,adakah bagi seorang isteri kepada suaminya,seorang adik perempuan terhadap abangnya,adakah aib itu datang daripada teguran rakan2 serumah.banyak persoalan keaiban yang timbul disini dan ia menyebabkan saya dan rakan2 saya merasa keliru dalam hal ini,saya berharap pihak tuan dapat memberi segera jawapan keatas permasalahan ini.
Jawapan Waalaikumussalam! Aib yang dimaksudkan oleh panel ialah seperti bulu yang panjang mengaibkan bagi seorang perempuan seolah-olah menyerupai seorang lelaki."
"
83.
Apakah hukum seorang wanita yang di dalam hadas besar (haid) menziarahi kubur?
Jawapan Berkenaan wanita menziarahi kubur, terdapat hadis Rasulullah s.a.w, daripada Abdullah Ibnu Abi Malikah bahawa Saidatina A'isyah pada suatu hari telah datang dari tanah perkuburan, maka saya pun bertanya kepadanya:"Ya Ummul Mukminin, dari manakah kamu datang?" Beliau menjawab:"Dari kubur saudaraku, Abdul Rahman". Saya bertanya lagi kepadanya :" Bukankah Rasulullah melarang ziarah kubur?" Beliau menjawab :"Memang, asalnya beliau melarang ziarah kubur tetapi kemudian menyuruh menziarahinya." (Riwayat al-Hakim dan Ibnu Hibban dari A'syah secara ringkas dan juga dari al-Atsrum). Para ulama telah berselisih pendapat mengenai ziarah kubur bagi wanita tetapi jumhur berpendapat boleh asalkan tidak menimbulkan fitnah. Al-Qadhi berpendapat bahawa boleh wanita menziarahi kubur dengan tidak mempertontonkan perhiasan dan tidak menangis keras-keras dan sebagainya dan ia dibolehkan kerana mengingati mati itu perlu baik bagi lelaki maupun wanita.. Berdasarkan kepada pertanyaan saudara, wanita dalam keadaan uzur (haid) adalah tidak digalakkan menziarahi kubur kerana dibimbangi boleh melakukan perkara yang dilarang seperti membaca ayat suci Al-Quran dan seumpamanya."
"
84.
Saya pernah terlihat seorang ibu yang mencium (bibir) anak perempuannya kerana beliau akan berangkat meninggalkan anaknya untuk menunaikan haji. Apakah pandangan dari segi Islam mengenai hal ini? Apakah ianya diklasifikasikan sebagai tanda kasih sayang antara ibu dan anak?
Jawapan Hukum ibu mencium bibir anak perempuan dan lelaki adalah harus. Itu merupakan tanda kasih sayang antara ibu dan anak-anak."
"
85.
apakah perlu menadah tangan ketika surah al-asr dibacakan ketika penghujung sesebuah majlis..jika perlu apakah dalilnya..terima kasih
Jawapan Tidak perlu menadah tangan ketika membaca surah al-Asr.Tidak ada hadith khusus yang menyuruh berbuat demikian."
"
86.
Adat sembahyang di masjid dari mula melangkah masuk kedalam
Jawapan Adab Adab didalam masjid adalah seperti berikut : 1. Melangkah kedalam masjid dengan mendahulukan kaki kanan. 2. Mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul masjid sebanyak dua rakaat 3. Mengerjakan Solat Fardhu secara berjemaah 4.Iktikaf 5. Membaca al-Quran 6. Berzikir "
"
87.
assalamualaikum w.b.t soalan saya, kenapa perempuan yang belum berkahwin hanya mengeluarkan air mazi dan bukan turut mengeluarkan air mani.adakah seorang perempuan itu hanya mengeluarkan air mani apabila sudah berkahwin yang bermaksud dia telah pun melakukan hubungan seksual dengan suami.apakah perbezaan air mani dengan air mazi dari segi fizikal?
Jawapan Waalaikumussalam, Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengelurkan mani. Hukum air mani adalah suci, Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajb mengangkat hadas besar untuk melakukan ibadah seperti solat. Manakala air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Sekiranya diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah. "
"
88.
Ibu saya mengajak saya ke supermarket selepas solat maghrib. Masalahnya, saya tidak mahu tertinggal solat berjemaah di masjid. Jika saya mengikuti ibu, sudah pasti saya akan solat secara sendirian.
Jawapan Solat berjemaah adalah lebih utama daripada membeli belah. Ketaatan kepada Allah lebih utama daripada ketaatan kepada makhluk. Cuba anda bincangna dengan ibu supaya beliau tidak mengguris perasaannya."
"
89.
teman saya adalah lelaki yg tidak beragama kerana dia berasal dr sarawak berketurunan iban, kakaknya sudah mengahwini lelaki islam dan telah pun bercerai, tetapi kemusykilan di sini ustaz, 1. kakaknya ini sudah pun memeluk agama islam, tetapi mempunyai hubungan sejenis bersama wanita islam 2. mereka tinggal bersama di dalam satu rumah. soalan saya ustaz, apakah hukum bagi kakaknya yg sudah pun memeluk agama islam, tetapi mempunyai hubungan sejenis?? dia juga tidak melakukan solat 5 waktu setelah bercerai dgn bekas suaminya. apakah hukum bagi bekas suaminya itu ustaz, sekian, Assalamualaikum
Jawapan 1) Melakukan hubungan sejenis adalah berdosa besar dan haram hukumnya. Oleh itu seseiapa yang melakukannya wajib bertaubat dengan taubat nasuha. 2) Nasihatilah mereka dengan baik supaya tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut. Bekas suami perempuan tersebut tiada hak lagi ke atasnya kerana mereka sudah bercerai. Walau bagaimanapun sebagai seorang Islam kita semua wajib menyedarkan wanita tersebut supaya kembali kepada cara hidup yang dianjurkan oleh Islam. "
"
90.
Assalamualaikum saya ingin bertanya apakah adab-adab yang disarankan oleh islam ketika seseorang bersama keluarga angkat
Jawapan Waalaikumussalam Antara adab-adab ketika bersama keluarga angkat : 1. menjaga batas-batas aurat antara lelaki dengan lelaki (antara pusat dengan lutut) dan antara lelaki dengan wanita (seluruh anggota kecuali muka dengan tapak tangan) 2.Bersikap hormat-menghormati 3. Tegur-menegur dan nasihat menasihati"
"
|
|