Koleksi Siri-siri Video .
|
Kemusykilan Agama: Soalan Paling Popular
Soalan
71-80 dari
7,638 soalan
Kemukakan/hantar Soalan
71.
Assalamualaikum w.b.t, mengubah ciptaan Allah adalah berdosa besar dan saya pernah terbaca dalam satu soal jawab agama yang menyatakan mencukur bulu kaki juga termasuk salah satu perbuatan yang cuba mengubah ciptaan Allah.Lazimnya, orang yang melakukannya adalah untuk kecantikan, oleh sebab itu hukumnya haram. tetapi, bagaimana pula jika seorang isteri itu melakukannya untuk tampak cantik hanya untuk suaminya dan keselesaan dirinya sendiri dan bukan tatapan orang ramai(masih berpakaian menutup aurat setelah bercukur)? Adakah dibenarkan jika suami yang menyuruh isterinya untuk berbuat demikian? Sekian, terima kasih.slm.
Jawapan Harus bagi isteri mencukur bulu betis bagi mengelakkan daripada keaiban dan dengan tujuan kecantikan semata-mata hanya untuk suaminya."
"
72.
Di Mesjid tempat saya selalu diadakan bacaan yassin setiap malam jumaat & bersama sama segelintir anak anak yg samaada tahu atau tidak membaca dan mereka ini ditegur jangan bermain dengan surah yassin dikhuatiri akan disumpah. adakah ada kebenran dlm hal sumpah menyumpah ini kerana yg menegur itu adalah seorang yg saya kira berilmu juga. Munkin ada cara yg lebih baik bagi anak anak ini berjinak jinak dengan Mesjid
Jawapan Mempermainkan surah Yasin atau keseluruhan ayat Al-Qur'an adalah ditegah. Walau bagaimanapun bagi mereka yang ingin mempelajari dan mendekatkan diri dengan suasana dan persekitaran masjid adalah dituntut. Bagi mereka yang mempunyai ilmu seharusnya menasihati anak-anak atau sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu yang bercanggah dengan adab-adab masjid secara berhikmah."
"
73.
Saya ada satu persoalan . Bolehkah kita sebagai orang islam menghadiahkan buku/kitab tafsir Al-quran kepada bukan islam . dengan niat dan tujuan moga orang bukan islam terbabit mendapat hidayah dan mengenali islam itu sendiri. Dan jenis orang yang ingin diberikan ini adalah mereka yang mengkaji tentang agama lain juga Soalah terbabit dinyatakan di forum terbabit http://www.ittutor.net/forums/index.php?showtopic=32593
Jawapan Panel menasihatkan supaya saudara memberikan tafsir tersebut kepada saudar baru yang ingin mengenali Islam dengan lebih mendalam.Saudara dilarang memberikan tafsir tersebut kepada bukan Islam kerana ditakuti ia boleh disalahgunakan dengan berbagai cara yang akhirnya boleh mencemarkan kesucian Agama Islam."
"
74.
sebelum solat,,saya selalu memastikan tiada rambut keluar dari telekung...tapi lepas berdoa...saya dapati ada sehelai rambut terkeluar..tetapi bila ditarik,,,,ia adalah rambut yang telah putus...dan saya tak pasti adakah ia rambut saya atau rambut orang lain,,,kerana kadang-2 saya berkongsi telekung dengan mak saya. jadi, apakah hukum sembahyang saya...sah atau tidak??
Jawapan Jika saudari yakin itu bukan rambut saudari, maka sah sembahyang tersebut.Sebaliknya jika ragu-ragu hendaklah mengulangi sembahyang tersebut."
"
75.
assalamualaikum ustaz/ustazah, saya pelajar dari sebuah IPTA, tahun akhir, umur 23 tahun. saya berkenalan dengan seorang gadis dari sebuah maktab perguruan(umur 20 tahun), kami merancang untuk berkahwin 4 tahun dari sekarang, kerana dia akan tamat pengajian 3 tahun lagi, dalam islam jika lelaki dan perempuan ingin berjumpa mesti ditemani muhrimnya, ok yang itu saya faham, saya dan dia duduk berjauhan, jadi 3 bulan sekali kami berjumpa. dia ditemani oleh kakak perempuan atau adik lelaki tingkatan 5, adakah perjumpaan ini dibolehkan? atau hanya untuk tujuan tertentu sahaja? apakah langkah terbaik untuk kami?
Jawapan Wa'alaikumussalam wrt wbt., Sekiranya pertemuan saudara dengan wanita tersebut ditemani oleh mahramnya, maka ianya diharuskan."
"
76.
akum uztaz, bagaiman kita hendak meminta ampun kepada ibubapa kita yang sudah meninggal dunia jika kita ada buat salah dengan mereka dan tidak sempat demikian sebelum ini
Jawapan wa'alaikumussalam wbt. Di antara cara-caranya adalah : 1.Memohon keampunan kepada Allah SWT terhadap kesalahan yang dilakukan terhadap ibu bapa. 2.Membuat kebajikan untuk ibu bapa seperti bersedekah dengan niat untuk ibu bapa. 3.Memohon keampunan kepada Allah terhadap kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapa. 4.Mengeratkan hubungan silaturrahim rakan-rakan ibu bapa semasa hidupnya. "
"
77.
Assalamualaikum, emak saya sangat menghormati bapa saudaranya sehinggakan bersalam mencium tangannya tanpa lapik setiap kali berjumpa. Masalahnya dia bukanlah bapa saudara kandung. Emak tiada pertalian darah dengan dia. Apakah hukumnya? Adakah dia adalah muhrim emak saya?
Jawapan Wa'alaikumussalam wbt. Haram hukumnya bersalam dengan yang bukan muhrim. Walau bagaimanapun bagi menghormati dan menjaga maruah orang yang tua maka harus meneruskan amalan yang biasa dilakukan tersebut. Seelok-eloknya hendaklah berlapik contohnya dengan hujung tudung. "
"
78.
ustaz, apakah hukumnya melakukan perbuatan mengeluarkan air mani dgn sengaja dan bagaimanakah cara untk mengelakkan diri drpd terus mengamalkannya?
Jawapan Melakukan onani adalah perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Dalam hal ini, saudara dinasihatkan supaya bertaubat dan melakukan amal ibadah seperti puasa, kerana dengan berpuasa dapat melemahkan nafsu syahwat. Jika mampu, saudara dinasihatkan supaya menyegerakan perkahwinan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Wahai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka kahwinlah. Sesungguhnya ia (berkahwin) memelihara pandangan dan memelihara kemaluan, dan barangsiapa tidak mampu, maka baginya berpuasa. Sesungguhnya padanya mencegah dan mengawal nafsu." .Perbanyakkanlah membaca al-Quran, membaca buku-buku agama, dekati masjid/surau untuk menambah ilmu agama dan berkawanlah dengan orang alim."
"
79.
assalamualaikum...ustaz saya merupakan anak sulung..saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak..Ibu bapa saya sudah tidak bekerja dan perbelanjaan mereka kebiasaan mereka cari sendiri kerana mereka masih mampu menoreh dan mempunyai ternakan untuk dijual, selain itu kami adik beradik juga sering memberikan perbelanjaan kepada mereka...Persoalannya semenjak saya mempunyai anak saya jarang dapat membantu mereka kecuali jika saya ada wang lebih kerana saya dan suami mepunyai pelbagai bebanan hutang dan kadar perbelanjaan dan sara hidup kami di bandar..Mujur suami sering melakukan kerja lebih masa..dan saya bernasib baik kerana 2 lagi adik saya sering membantu mereka..Namun saya sering rasa bersalah kerana tidak dapat membantu mereka walaupun ibu bapa saya faham dan sering berkata yang mereka tidak kisah kerana tau masalah kami dan adik-adik yang lain ada membantu mereka..Persolannya Ustaz..adakah saya berdosa kerana tidak membantu mereka dan apakah yang perlu saya lakukan kerana saya rasa amat bersalah walaupun mereka sering berkata mereka faham dan tidak mahu menyusahkan saya...
Jawapan Saudari tidak berdosa kerana tidak mampu menaggung perbelanjaan ibubapa dan saudari pula telah berkahwin.Oleh itu bantulah ibubapa bukan semestinya melalui kewangan tetapi boleh berbuat baik kepada keduanya dengan selalu mendoakan kesejahteraanya, menjenguk kedua-duanya di kampung atau menolong apa-apa yang diperlukan oleh ibubapa tersebut."
"
80.
Assalammualaikum.....bagaimanakah cara yg terbaik hendak menegur rakan yg baru sy kenali.Hal ini kerana cara pemakaian yg kurang sopan dan tidak mengerjakan solat menyebabkan sy & rakan sebilik rasa bersalah sekiranya tidak menegur. Sebagai rakan yg baru dikenali, sebolehnya kami hendak mengelakkan timbulnya masalah antara kami semua.
Jawapan Wa'alaikumussalam wrt. wbt. Dalam Islam telah ada garis panduan tentang bagiamana untuk menegur seseorang yang melakukan kesilapan iaitu dengan cara berhikmah dan bijaksana. Pendekatan hikmah dan bijaksana itu bergantung kepada kepandaian saudari untuk menegurnya asalkan tidak tersinggung seperti menghadiahkan pakaian yang bersesuai, mengajak pergi ke majlis-majlis ilmu yang menceritakan tentang akhlak muslim dan sebagianya. "
"
|
|