Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

2 September 2010

 

Kemusykilan Agama: Soalan Paling Popular
Soalan 7631-7638 dari 7,638 soalan


Kemukakan/hantar Soalan
            
Muka: 761 |  762 |  763 |  764 | 

7631. assalamualaikum.sy ada satu solan apakah hukum dimana seorang ibu tidak memarahi ank2 nye membuat zina sehingga melahirkn ank luar nikah.tetapi sebaliknye memarahi org lain dgn mengatakan org lain itu tidak pandai menyimpan rahsia anknye itu yg telah berzina serta suka mengjaga hal anknye.sedangkan ibubapa ank yg berzina itu seorg yg telah pegi haji .tolong jelaskn situasi ini

Jawapan Waalaikumussalam, berdosa bagi ibu tersebut kerana membiarkan anaknya berzina sehingga melahirkan anak luar nikah. "
"

7632. BERDASARKAN SOALAN SAYA YANG TERDAHULU. Bagaimana seeorang yang murtad yang bertaubat. Tetapi tidak bertaubat bagi dosa lain seperti menipu, mencuri dan membuat tuduhan palsu YANG MELIBATKAN HAK MANUSIA YANG SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN ( tidak berkaitan dengan dosa yang sejenis). Sekiranya tidak bertaubat dan masih melakukan dosa yang lain ADAKAH taubat bagi murtadnya dan syahadahnya sah dan diterima Allah?( harap panel nyatakan sah atau tidak syahadah dan taubatnya itu)

Jawapan Jika beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat, maka beliau telah kembali kepada Islam. Beliau juga perlu bertaubat terhadap dosa-dosa lain seperti menipu dan sebagainya sekiranya beliau melakukan dosa tersebut. "
"

7633. menurut maklumat dibawah, mengapakah JAKIM tidak mengambil langkah yang tegas dalam memerangi perkara haram dibawah. mengapa tidak dibentras dengan bersungguh sungguh. soalan saya seterusnya ialah apakah hukum setiap ahli panel dan orang yang bertanggungjawap didalam JAKIM yang tidak melakukan perkara yang sepatutnya. adakah mereka menerima saham dosa setiap kali seorang umat islam di Malaysia menghisap rokok akibat tindakan mereka yang sambil lewa dalam menegakkan perkara ini???? Allah Maha Besar _____________________________ Status: Selesai - Paparan Web. Nombor Rujukan: panel SJAI 020807 Tarikh Selesai: 02/08/2007 09:27 AM Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram. _____________________________

Jawapan Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah termasuk dalam tanggungjawab fardhu kifayah bagi seluruh umat Islam. Sebagai agensi yang diberi tanggunggjawab menyelaras hal ehwal Islam di Malaysia, JAKIM sentiasa bekerjasama dengan agensi agama di peringkat negeri, badan-badan dan pertubuhan Islam termasuk NGOs bagi melaksanakan program-program dakwah kepada masyarakat. "
"

7634. assalamualaikum,saya ingin bertanya sedikit soalan..apakah yg dimaksudkan dengan wadi?adakah wadi itu najis atau tidak dan adakah kita perlu mandi hadas..

Jawapan Wadi ialah cecair yang bewarna kekuning-kuningan yang keluar dari kemaluan. Ia di hukumkan najis, namun seseorang yang keluar wadi tidak perlu mandi wajib."
"

7635. penerangan tentang konsep manusia sebagai hamba dan khalifah

Jawapan Tugas seorang muslim di muka bumi ini ialah pertama sebagai hamba Allah dan kedua ialah sebagai khalifah. Tugas sebagai hamba Allah merujuk kepada firman Allah " Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku." Iaitu manusia dijadikan tidak boleh tidak wajib beribadat kepada Allah samada secara ibadat khusus seperti solat , puasa dan lain-lain yang telah ditetapkan dan ibadat umum iaitu menjadikan segala perkataan dan perbuatan serta tindakan kita seperti belajar, bekerja, makan, minum , berpakaian kerana Allah Taala iaitu menurut kehendak-kehendak yang telah digaraiskan oleh syariat. Manakala tugas sebagai khalifah Allah pula ialah merujuk kepada firman Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya aku jadikan di dunia ini khalifah" iaitu mereka yang boleh mentadbir dan memakmurkan bumi. Oleh itu manusialah yang boleh berfikir, bertindak dan sebagainya untuk melakukan apa sahaja kebaikan dan kemaslahatan bagi menguruskan segala isi dan apa perkara yang terhampar di at"
"

7636. ASAL USUL AGAMA ISLAM

Jawapan Asal usul Islam Islam bermula dengan kalimah :La Ilaha illallahyang bermaksudtiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’, maka sesiapa yang beriman dan percaya dengan kalimah ini sudah dikira menjadi seorang Muslim. Ayat pertama surah al-Ikhlâs, yang bermaksud; Katakan ( Muhammad ) DIalah Allah yang Maha Esa, jelas menunujukkan kepada kita bahawa hanya Dia yang Satu yang berkuasa atas semua makhluk. Perlu diingat bahawa semua nabi yang terdahulu membawa ajaran yang sama iaitu mengesakan Allah dan mengajak kepada kebaikan, tetapi penggunaan Islam secara rasminya ialah selepas turunnya ayat ke 19 surah Ali Imran: yang bermaksud; sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Antara buku-buku yang boleh dijadikan rujukan berkenaan dengan tajuk ini ialah Asas-asas Islam oleh Abul Aala Maududi dan Apa Ertinya Saya Menganut Islam oleh Dr. Fathi Yakan."
"

7637. Ada pengamal perubatan alternatif yang menggunakan rantai atau tasbih bagi "scan" atau kenal pasti penyakit yang pesakit alami,dengan cara membaca beberapa ayat alQuran ( tidak termasuk apa apa mente

Jawapan Semua perubatan tradisional/alternatif boleh diamalkan dengan syarat: 1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali 2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya 3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk. 4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an 5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu yang menyembuhkan penyakit. 6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan 7. Tidak boleh membaca ayat al-Qur'an secara songsang 8. Tidak menggunakan al-Qur'an dengan cara menghina seperti menggantung dan menunggunya berpusing. 9. Tidak boleh meninggalkan ibadat wajib"
"

7638. soalan saya macam ni apakah agama yang dianuti Nabi Adam a.s? adakah orang pada zaman paleolitik merupakan keturunan Nabi Adam a.s?

Jawapan "Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Agama yang dianuti oleh Nabi Adam A.S adalah agama Islam. Manusia pada zaman tersebut juga adalah keturunan Nabi Adam A.S. wallahualam."

Muka: 761 |  762 |  763 |  764 | 
            
 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768