Koleksi Siri-siri Video .
|
Kemusykilan Agama: Soalan Paling Popular
Soalan
61-70 dari
7,638 soalan
Kemukakan/hantar Soalan
61.
assalamualaikum... saya ada satu soalan nk diajukan kepada panel .... bagaimanakah cara dan tertib yang sepatutnya dilakukan untuk mandi wajib ( mengangkat hadas besar ) selepas berjimak dengan isteri.. kadang kadang kita menjadi was was kalau tidak memperbaharui pengetahuan yang lama kita belajar dulu... sekian, ribuan terima kasih. wassalam semoga diberkati ALLAH.
Jawapan Cara-cara mandi wajib yang perlu dilakukan adalah seperti berikut: 1. Menyuci segala kekotoran yang terdapat pada anggota badan. ii. Niat mandi wajib ketika air jatuh atau sampai ke atas kepala atau rambut. Niat mandi wajib ialah "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta'ala. iii. Meratakan air ke seluruh badan. Memakai kain basahan ketika mandi wajib adalah digalakkan kerana menutup aurat dan sah mandi wajib apabila sempurna cara mandi wajib seperti dinyatakan di atas..."
"
62.
Assalamualaikum. soalan saya, adakah setiap kali ingin membaca al-quran perlu mengambil wudhu atau semasa ingin menyentuh al-quran sahaja perlu mengambil wudhu kerana pada masa sekarang kita boleh dapatkan cd al-quran dan adakah untuk memegang cd juga perlu mengambil wudhu dan adakah membaca al-quran dari cd juga perlu berwudhu atau boleh terus membaca?
Jawapan Waalaikumsalam, Antara adab yang perlu ada ketika ingin membaca al-quran ialah anda harus berwuduk. Untuk memegang cd al-quran harus hukumnya untuk berwuduk."
"
63.
assalamualaikum ustz@ustzh, apakah hukumnya jika saya membawa beg yang mengandungi buku yang mempunyai ayat-ayat alquran ke dalam tandas. t.k
Jawapan Waa'laikumussalam Membawa buku yang mengandungi ayat Al-Quran ke dalam tandas adalah dilarang. Namun begitu, sekiranya saudara ada bersama seorang kawan yang lain tinggalkan lah buku tersebut kepadanya. Jika saudara sendirian dan dibimbangi jika tinggalkan buku tersebut diluar ia akan hilang, diharuskan saudara membawanya kedalam tandas. "
"
64.
salam,saya muskil apakah berdosa atau salah perlakuan saya bila mengucup isteri di tepi jalan apabila mengahantar isteri saya ke kereta.saya di tegur seorang pakcik yg selalu lepak berhampiran tempat saya paking kereta.beliau mengatakan saya tahu islam tak?dan mengatakan perbuatan saya tu salah dari segi islam kalau melayu takpe tapi nie islam dan pakcik tu kata nie dah kira saya telah menbinatangkan orang ramai yg lalu lalang disitu.adakah betul kata pakcik itu atau sebaliknye?
Jawapan Mengucup isteri ketika menghantarnya ke tempat kerja adalah diolehkan tetapi tidak melampau batas susila orang Islam."
"
65.
apakah hukum memakai pakaian yg diperbuat drp sutera untuk solat?adakah air liur ulat sutera itu najis?
Jawapan Sutera yang asli memang diperbuat daripada air liur ulat sutera. Walau bagaimanpun sutera yang terdapat di pasaran hari ini adalah yang telah dicampurkan dengan bahan lain. Oleh itu dibolehkan untuk dipakai semasa solat."
"
66.
apakah hukumnya bermain snoker?sekiranya menggunakan duit untuk setiap meja.adakah ia jga adalah menyamai judi?
Jawapan Ia sama seperti permainan yang lain (boleh dimainkan). Namun yang dilarang, apabila terdapat unsur-unsur perjudian semasa memainkannya di samping melalaikan pemainnya sehingga lalai daripada menunaikan kewajipan dan tugasan yang perlu dilakukan terutamanya ibadat. Wallahu 'alam."
"
67.
Umur sy 24tahun. Sy telah bernikah dan akan menimang anak tidak lama lagi. semasa umur sy 18tahun, sy pernah bertindik di telinga. sy sudah lama tidak menggunakannya(earing), tetapi sy masih was2 dgn kewujudan lubang (tindik) tersebut. so, soalan sy adalah. bolehkah sy mengimamkn sembahyang kami sekeluarga & bolehkah sy mengazankan utk kelahiran anak sy ini. terima kasih.
Jawapan Perbuatan tersebut memang berdosa namun anda telah meninggalkan perbuatan tersebut maka anda tidak perlu was was dengan segala amalan yang anda lakukan kini. "
"
68.
Salam, disini sya ingn bertanya mgpa orang bukan islam dibenarkan utk memasuki masjid tp wanita islam yg x suci x dibenarkan? kita sedia maklu m bahawa org kafir x pernah mandi wajib @ x sucitp knp diorg boleh masuk. dan saya ingn bertanya adakah hadis yg sahih yg membenarkan org x islam masuk masjid?atau ianya merupakan ijtihad para ulama'? tlg jawab kerana sekiranya x de jwpn @ penerangn ianya bakal membuatkan saya merasakn bahawa institusi islam malaysia @ jakim lebih rela membiarkan masjid masjid dimasuki oleh org x islam khususnya pelancong kerana kononnya utk utk seni bina islam tp sebenarny hanya utk tingkat kan hasil pelancongan.TOLONG JAWAP SECEPATNYA!
Jawapan Wassalam, Tidak ada sesiapa pun di antara orang kafir yang dibenarkan masuk ke dalam masjid di negara ini dan ia sama seperti kaum wanita yang sedang didatangi haid. Sekiranya apa yang anda maksudkan adalah pelancong-pelancong asing yang datang melawat dan melihat masjid yang terdapat di negara ini, sebenarnya mereka hanya dibenarkan melihat dan menziarahi masjid tersebut hanya di bahagian luarnya sahaja, dan mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke bahagian dalam masjid tersebut (dewan bersolat) kerana apa yang dibimbangi ia akan mengotori dewan tersebut, dan ia sama seperti larangan yang dikenakan ke atas kaum wanita yang sedang didatangi haid sekalipun mereka memakai tisu wanita. Pihak JAKIM dan institusi-institusi Islam di Malaysia masih meletakkan Syariat Islam adalah segala-galanya. Wallahu ‘alam."
"
69.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam ingin memohon pandangan/nasihat pihak tuan mengenai bacaan doa harian dan Al-Fatihah melalui sistem siaraya. Sebagai makluman pihak tuan, Jabatan ini pada setiap pagi jam 8.25 pagi ada membuat sesi bacaan doa harian dan Al-Fatihah sebelum masuk waktu bekerja (WP3). Sesi ini dikendalikan oleh seorang pegawai JPA yang bertugas secara giliran dan dibuat secara langsung dan disiarkan melalui sistem siaraya Jabatan dan dapat didengar oleh semua pegawai JPA yang berada di pejabat termasuk di dalam bilik air dan tandas. Ini menyebabkan bacaan doa dan ayat-ayat Al-Quran dapat didengar oleh pegawai yang berada di dalam bilik air dan tandas ketika itu. Sebagai makluman tuan juga, sistem siaraya ini dibuat meliputi seluruh bangunan di JPA termasuk di bilik air dan tandas bagi tujuan keselamatan sekiranya berlaku kecemasan. Walau bagaimanapun yang menjadi kemusykilan berhubung perkara ini ialah apakah hukumnya bacaan doa yang disertakan dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca secara langsung disiarkan juga di bilik air dan tandas? Adakah ini dianggap sebagai tindakan mencemari kesucian ayat-ayat Al-Quran walaupun tujuan bacaan tersebut bukan untuk disiarkan di dalam tandas? Justeru, Jabatan ini memohon pandangan/nasihat pihak tuan sewajarnya berhubung dengan perkara ini.
Jawapan Soalan ini telah dijawab secara bertulis kepada pihak JPA. "
"
70.
bolehkah lelaki muda seperti saya bersalaman dengan wanita yang lebih tua dari saya,ibu kepada sahabat saya..apakah hukumnya
Jawapan Hukum bersalaman dengan bukan mahram adalah dilarang walau pun orang tersebut lebih tua daripada kita. "
"
|
|