Koleksi Siri-siri Video .
|
Kemusykilan Agama: Soalan Paling Popular
Soalan
51-60 dari
7,638 soalan
Kemukakan/hantar Soalan
51.
bolehkah seorang perempuan memakai gelang kaki..
Jawapan Harus seorang perempuan memakai gelang kaki tetapi dengan syarat bukan gelang kaki yang berloceng kerana ini akan menarik perhatian orang."
"
52.
saya mempunyai seorang kawan yang mempelajari silat. ada ketika waktu beliau ada membuat latihan silat bersama wanita yang bukan muhrim tetapi bersentuhan dengan kulit yang tidak mendatangkan syak kerana mereka berlatih beramai-ramai. adakah keharusan dalam mempelajari silat antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram dengan niat untuk belajar?
Jawapan Harus belajar ilmu seni mempertahankan diri, tetapi perlu menjaga adab-adab pergaulan dan aurat masing-masing, tetapi lebih elok asingkan pelajar lelaki dan perempuan."
"
53.
Saya adalah seorang Jurutera. Keadaan kerja saya kadang kala memerlukan saya bergaul dengan lelaki, tanpa kehadiran satu pun wanita lain di site. Kadang kala,kami makan beramai-ramai dan saya seorang saje wanita.Saya selalu tertanya-tanya, bolehkah pergaulan seperti itu.Terima kasih.
Jawapan Islam telah memberi garis panduan dalam pergaulan. sama ada antara sesama jenis atau berlainan jenis. Pergaulan dinatara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (harus berkahwin) hendaklah mengikut batasan yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu 1) Hendaklah menutup aurat 2) Percakapan yang tidak menghairahkan (boleh menaikkan syahwat dan lucah) 3) Pergaulan di tempat terbuka (bukan di tempat yang sunyi dan mencurigakan) 4) Tujuan pergaulan yang diharuskan oleh syarak seperti urusan jual beli, perubatan, pekerjaan dan seumpamanya. "
"
54.
assalamualaikum ustaz boleh tah bagi doa mendapat jodoh yang baik dlm b.arab??? saya dah cari dalam laman web lain tapi semuanye tulis rumi syukran
Jawapan Boleh baca doa dalam bahasa Melayu, kerana Allah S.W.T. memahami apa yang kita katakan.Anda boleh membeli buku-buku berkaitan dengan doa-doa dalam Islam di kedai-kedai buku sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang."
"
55.
Akum ustaz... soalan saya..kalau kita ada sebentuk cincin..di tangan dan di jari manakah yang perlu dipakaikan sebagaimana sunnah Rasulullah SAW. 2. Adakah solat Sunat Hadiah 2 rakaat kepada Rasulullah SAW sempena Hari maulidur Rasul.. Sekian terima kasih ustaz
Jawapan Waalaikumussalam, Memakai cincin mengikut sunnah Rasulullah saw adalah seperti berikut: i. Rasulullah saw memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga baginda wafat. Inilah yang dipegang oleh Imam Malek, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek : “ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)". Hadith Riwayat Muslim Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai 2.Tidak terdapat solat sunat hadiah 2 rakaat kepada Rasulullah SAW pada hari Maulidur Rasul "
"
56.
orang islam membuat tatu dibadan.tatu gambar kapal layar.apa yang perlu dilakukan? jika mati macam mana?
Jawapan Bertatu adalah haram dalam Islam.Oleh itu jika sekiranya tatu berkenaan boleh dibuang melalui perubatan moden, hendaklah dibuang.Jika tidak boleh, maka mohonlah ampun dan bertaubatlah kepada Allah S.W.T. di atas ketelanjuran yang telah dilakukan. Segala ibabat dan amalan yang dilakukan termasuk mandi hadas adalah diterima Allah S.W.T. . "
"
57.
Ustaz, bolehkan bersumpah menggunakan kitab suci Al-quran dan bagaimana cara-caranya?
Jawapan Panel menasihatkan anda agar tidak mempersendakan al-Quran. Memang boleh bersumpah dengan al-Quran dengan syarat untuk membuktikan bahawa anda berkata benar contohnya seperti di mana-mana mahkamah yang memerlukan seseorang membuktikan kebenaran. Contohnya: “Sesungguhnya aku bersumpah dengan nama Allah di hadapan Al-Quran yang mulia ini bahawa aku tidak melakukan……”"
"
58.
assalamualaikum ustaz, saya akan berpindah ke rumah baru pada hujung bulan ini. sehubungan itu, boleh ustaz dapatkan saya doa untuk masuk ke rumah baru. terima kasih
Jawapan Waalaikumussalam, Nabi SAW menyarankan kepada sesiapa yang ingin memasuki rumah baru supaya membaca surah al-Baqarah agar dapat menghindari gangguan makhluk halus. "
"
59.
betulkah kalau bergambar tidak boleh dalam bilangan yang ganjil seperti 3 orang?
Jawapan Tidak ada nas yang melarang perbuatan bergambar dalam bilangan yang ganjil."
"
60.
Saya mempunyai tiga orang anak lelaki yang suka bergaduh di antara satu sama lain. Saya ingin meminta doa-doa yang boleh membuatkan mereka lembut hati dan tidak suka bergaduh.
Jawapan Puan boleh membaca al-Fatihah, ayat 3 Qul surah al-Nas, Surah al-Samad, Surah Al-Falaq dan selawat tiupkan di ubun anak ketika mereka tidur. Amalkan konsep makan bersama, mengaji al-Quran yang dapat melembutkan hati mereka, kurangkan masalah ibu bapa dalam rumah tangga lebih-lebih lagi di hadapam mereka "
"
|
|