Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

2 September 2010

 

Kemusykilan Agama: Soalan Paling Popular
Soalan 41-50 dari 7,638 soalan


Kemukakan/hantar Soalan
                       
Muka: 1 |  2 |  3 |  4 |  5 |  6 |  7 |  8 |  9 |  10 | 

41. berdosakah pasangan suami isteri yang menonton filem lucah dengan alasan mempelajari teknik seks agar lebih merangsang nikmat ketika bersama nanti?

Jawapan Sesuatu pekerjaaan atau amalan adalah bergantung kepada niat yang ihklas dan suci. Islam menolak kegemaran seseorang melihat gambar lucah yang menayangkan seluruh badan wanita dan lelaki dalam keadaan bogel, kerana bimbang nanti bermain di kepala pasangan suami isteri saingan dengan badan isterinya atau suaminya yang halal. Jika saingan itu mendapat ruang di dalam kepalanya ada kemungkinan keistimewaan diberikan kepada badan wanita atau lelaki yang bogel lagi haram itu, akibatnya rosaklah hubungan yang sedia halal bahkan tiada lagi erti perkahwinan dan hidup berkeluarga. Justeru dalam konteks hidup sebagai suami isteri menonton filem lucah sebagai ransangan untuk menaikkan syahwat adalah diharamkan."
"

42. soalan saya yang dulu jakim tak jawap lagi...bleh ke pempuan pakai subang sampai dua?????

Jawapan Panel memohon maaf di atas kelewatan soalan daripada saudara. Mengenai perempuan memakai subang melebihi satu pasang adalah diharuskan tetapi ianya menyalahi uruf (kebiasaan). sebaik-baiknya pakailah satu pasang sahaja."
"

43. saya ada seorang kawan yang suka melawan cakap ibubapanya dan saya sebagai kawan apa yang patut saya buat

Jawapan Saudara hendaklah menasihati kawan saudara supaya menghormati dan mentaati kedua ibu bapanya. Sesiapa yang mendurhakai kepada kedua ibu bapa maka ia tidak layak memasuki syurga Allah, di samping itu saudara hendaklah berdoa supaya kawan saudara diberi hidayah oleh Allah."
"

44. apakah hukum kita menipu ibu bapa kita untuk mengelakkan dimarahi oleh mereka

Jawapan Hukum menipu adalah haram dan berdosa. Sebaik-baiknya kita hendaklah berterus terang dengan mereka, mohon ampun daripada mereka jika kita melakukan kesalahan. "
"

45. Assalamualaikum Ustaz, Kita sedia maklum antara dosa besar ialah zina, arak, judi dsb. 1. Bolehkah ustaz senaraikan beberapa yang dikategorikan sebagai dosa kecil/sederhana. 2. Apakah perlu kita melakukan taubat nasuha atau sekadar memohon ampun sahaja untuk kesalahan2 tersebut. 3. Jika kita pernah melakukan beberapa jenis dosa besar apakah cukup dengan taubat nasuha tanpa perlu kita nyatakan taubat untuk dosa besar yang mana satu. T Kasih.

Jawapan Wa'alaikumussalam wbt. 1. Antara dosa-dosa kecil boleh dikategorikan seperti berikut: i. Kategori lisan seperti berbohong,mengumpat,mencarut,mencaci,mencerca dan sebagainya. ii. Kategori perbuatan anggota seperti mengganggu dan menghalang lalu lintas,merosakkan harta benda (Vendalism),melakukan sebarang perbuatan maksiat seperti melihat gambar lucah,menganiayai binatang atau merosakakan tanaman tanpa sebab yang mengharuskannya dan lain-lain. Dosa-dosa kecil jika dilakukan secara berterusan dengan sengaja boleh menyebabkan terjerumus kepada dosa besar. 2. Taubat nasuha adalah lebih baik bagi seseorang yang telah melakukan perbuatan yang mengakibatkan diri pelaku berdosa walaupun perbuatan yang pernah dilakukan olehnya itu tergolong dalam perbuatan dosa kecil. "
"

46. Saya telah bertanyakan dengan seseorang tentang mencukur bulu pada bahagian tangan...dia menjawab boleh...saya percaya dan saya cuba mencukur bulu yang ada pada bahagian seluruh tangan...maksudnya satu tangan saya cukur... bolehkah saya tahu hukumnya dan jika hukumnya haram...bulu yang saya telah cukur itu tumbuh semula dalam keadaan yang agak pelik dan pada saya itu memalukan..perlukah saya terus mencukur pada bahgian itu jika bulu itu tumbuh semula?

Jawapan Harus mencukur bulu tangan atau kaki jika ia boleh mengaibkan diri seseorang."
"

47. ASSALAMUALAIKUM, saya ada satu kemusykilan. betulkah jika kita melanggar sesuatu peraturan di sekolah kita akan mendapat dosa kecil

Jawapan Wa'alaikumussalam w.b.t. Peraturan sekolah yang ditetapkan ke atas setiap pelajar adalah bertujuan untuk mendidik atau mendisiplinkan para pelajar supaya berakhlak dengan akhlak yang baik dan terpuji. Justeru jika peraturan dan larangan pihak sekolah ke atas para pelajar seperti larangan berjudi , meminum arak, menagih dadah dan seumpamanya maka hukumnya berdosa besar ke atas pelajar yang melakukan perbuatan-perbuatan tersebut. Demikian sebaliknya jika peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah ada hubungkait dengan larangan-larangan dosa kecil seperti pelajar ponteng waktu belajar,tidak mematuhi arahan guru dan seumpamanya maka para pelajar yang bersikap demikian adalah termasuk dalam ertikata melakukan dosa-dosa kecil. Sehubungan dengan perkara tersebut di atas para pelajar sekelian adalah dinasihatkan agar senantiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah supaya akan menjadi pelajar yang cemerlang , berbudi pekerti yang baik dan mulia."
"

48. saya ingin bertanya adakah seseorang yang tiada hubungan suami isteri yang sah boleh duduk satu rumah yang sama,ini disebabkan faktor anak-anak dan tanggungjawab

Jawapan Seorang lelaki dan wanita yang bukan suami isteri dilarang duduk satu rumah tanpa ditemani oleh orang lain. Sekiranya ada orang lain atau kerana menjaga anak-anak dalam rumah tersebut ia dibolehkan dengan syarat masing menjaga aurat dan tata tertib serta pergaulan."
"

49. assalamualaikum, apakah hukum perempuan yang datang haid membaca surah-surah al-quran tanpa memegangnya (al-quran) sewaktu sesi pembelajaran (tahfiz).

Jawapan Pendapat Ulama Syafie dan Hanafi mengharamkan membaca Al-Quran ketika haid walaupun hanya satu huruf dan tidak sampai satu ayat Sekiranya dilakukan dengan niat untuk berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu, ataupun dengan tujuan mengajar beristiadzah dan berzikir maka hukumnya tidak haram. Ulama Hambali membenarkan orang yang berada dalam hadas besar (haid dan nifas) membaca sentengah ayat Al-Quran, walaupun secara diulang-ulang, kerana ayat sedemikian tidak mempunyai sifat i'jaz selagi ia tidak panjang. Mereka juga sependapat dengan Ulama Hanafi memebenarkan mengeja Al-Quran, kerana ia tidak dikira sebagai membaca Al-Quran. Ia juga boleh dibaca secara perlahan (sir) yang tidak dikira sah jika dilakukan semasa sembahyang. Begitu juga harus melihat Al-Quran tanpa membaca, tetapi membacanya dengan diam ( Membaca di dalam hati) kerana ini juga tidak dikira sebagai membaca. Ulama Maliki pula menetapkan bacaan sedikit yang dibolehkan bagi seseorang yang berjunub melakukannya, iaitu sebarang ayat yang dibaca dengan tujuan mendapatkan perlindungan, seperti ayat Al-Kursi, Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas, ataupun yang dibaca untuk maksud jampi bagi kesakitan atau tersampuk ataupun yang dibaca dengan maksud untuk mengemukakan dalil dan alasan terhadap sesuatu hukum seperti Firman Allah Yang bermaksud : ...Bahawa sesungguhnya berjual beli itu hanyalah seperti riba... Al- Baqarah 275 Pendapat yang muktamad di kalangan Ulama Maliki ialah orang yang sedang dalam haid dan nifas sewaktu darah sedang keluar tidak diharamkan membaca Al-Quran yang sedikit samada dia dalam keadaan junub atau tidak. Ini berbeza setelah darahnya berhenti dan sebelum mandi. Selepas darah berhenti, dia tidak boleh membaca Al-Quran sama sekali sehingga dia mandi. Dalil yang dipegang oleh mereka ialah al-Istihsan kerana ia disebabkan oleh kedudukan dalam haid itu memakan masa yang agak lama. Ulama sepakat bahawa orang yang berjunub, haid dan nifas tidak haram memandang Al-Quran kerana junub tidak melibatkan pemandangan.."
"

50. kenapa kita dilarang bersiul?

Jawapan Bersiul dilarang kerana ia bukan daripada adab dan budaya Islam."
"

Muka: 1 |  2 |  3 |  4 |  5 |  6 |  7 |  8 |  9 |  10 | 
                       
 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768