Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

2 September 2010

 

Kemusykilan Agama: Soalan Paling Popular
Soalan 21-30 dari 7,638 soalan


Kemukakan/hantar Soalan
                       
Muka: 1 |  2 |  3 |  4 |  5 |  6 |  7 |  8 |  9 |  10 | 

21. Assalamualaikum. Disini saya ingin mendapatkan tips ataupun pandangan daripada kawan2 di forum ini. Saya ada satu kemusykilan tentang satu kes yang telah dilalui oleh kawan saya ni. Saya hanya nak membantu beliau menangani masalah yang sedang beliau hadapi sekarang ni. Kawan saya ni seorang perempuan, dia pernah bercinta dengan seorang lelaki. Sampai ke satu tahap hampir2 nak mendirikan rumah tangga, dengan sebab2 yang tak boleh diterima, lelaki itu memutuskan untuk putus hubungan dengan kawan saya ni. Ini disebabkan oleh lelaki itu telah pun mempunyai wanita lain.Pada masa bercinta dulu, kawan saya ni pernah berjanji bersumpah akan menyayangi lelaki itu dunia akhirat. Semasa bercinta, kawan saya ni lebih mementingkan teman lelakinya daripada keluarga sendiri. Setelah beberapa lama masa berlalu, ada beberapa lelaki lain cuba nak mendekati kawan saya ni, tetapi beliau tidak dapat menerima lelaki2 tersebut. Alasan beliau ialah beliau sudah bosan nak bercinta, fobia dengan kes bersama bekas teman lelakinya dan beliau mengatakan bahawa beliau tidak mahu memikirkan tentang masa depan lagi, beliau ingin hidup sendirian. Katanya dengan cara itu, beliau akan rasa lebih tenang. Ada jugak beberapa kali lelaki yang ingin masuk meminang beliau tetapi di tolak oleh beliau sehingga kan dimarahi oleh ibu beliau. Dan sekarang hubungan beliau dan ibu beliau tidak berapa baik seperti sebelumnya. Beliau pernah memberitahu saya bahawa beliau tidak dapat menerima mana2 lelaki buat masa sekarang ni. Beliau juga pernah mencuba beberapa kali untuk membuka hati beliau untuk menerima lelaki lain dalam hidup beliau namun tidak boleh. Luka yang lama bersama bekas teman lelakinya masih dirasai walaupun sudah lama berlalu. Saya rasa beliau masih lagi mengingati kenangan beliau bersama bekas teman lelakinya. Beliau pernah memberitahu saya bahawa beliau takut terserempak dengan bekas teman lelakinya. beliau takut teringat kembali kisah silam beliau. Untuk pengetahuan, sekarang ni bekas teman lelakinya telah pun bertunang dengan perempuan lain. Beliau ada mengatakan kepada saya bahawa beliau sudah tidak tahu apa yang akan jadi kepada kehidupan dan jodoh beliau sekarang ni. saya merasa kasihan dan cuba hendak menolong dengan apa cara sekali pun. Mungkin disini ada sesiapa yang pernah melalui situasi sebegini, saya minta beri pandangan ataupun tips utk saya membantu kawan saya ni. Lebih elok sekiranya masalah beliau ni dia diselesaikan mengikut syariah islam. terima kasih... insan prihatin

Jawapan Nasihatkan kawan anda tersebut untuk berusaha melupakan bekas teman lelakinya tersebut. Perkara ini mungkin akan mengambil masa sedikit tetapi berusahalah kerana tiada gunanya dia terus besikap seolah-olah tidak mempunyai pedoman dalam hidup. Berilah dia semangat dan motivasi untuk hidup bahagia,antaranya ialah isi masa-masa yang ada dengan kerja yang berfaedah, banyakkan amalan ibadah sunat, mengingati Allah serta banyakkan berdoa untuk mendapat jodoh yang lebih baik dari bekas teman lelakinya tersebut."
"

22. asalamualaikum ustz@ustzh, soalan saya; apakah hukumnya jika secara sengaja membawa buku yang berada di dalam beg masuk ke tandas, dan buku tersebut mempunyai ayat2 alQuran? t.k

Jawapan Berdosa, sepatutnya dia memelihara kesucian dan keagungan ayat-ayat suci Al-Quran"
"

23. adik saya telah melahirkan anak selepas 5 bulan berkahwin. saya faham akan hukum anak ini,tidak boleh diwalikan ayahnya dan waris harta. sekarang seluruh keluarga kami dh tahu akan hal ini dan sedia akan menjadi saksi dan bertanggungjawab setelah bayi itu besar.masalah nya sekarang kami hendak bayi tersebut di binti kan bapanya utk menutup keaiban anak tersebut dan memudahkan dia begaul dan belajar. ada tak cara untuk kami nak membinti kan anak ini kepada nama ayah nya jika kami ingin menjadi saksi dan ingin bertanggungjawab sehingga anak ini kahwin. Tolonglah kasihanlah anak yang tidak berdosa ini.

Jawapan Anak tersebut tidak boleh dibintikan dengan nama bapanya walaupun apa keadaan sekalipun"
"

24. jika seseorang yang baru mendapat hidayah untuk menunaikan solat pada usia tuanya, adakah dia wajib mengqada segala bilangan solat yang telah ditinggalkannya pada usia muda itu? ataupun sekadar solat qada sekali sahaja?

Jawapan Dia perlu menqadha'kan semua solat yang ditinggalkannya"
"

25. Apakah salah jika seorang perempuan bersalaman dengan dengan guru lelaki serta rakan-rakan lelaki yang bukan muhrimnya?

Jawapan Tidak salah sekiranya tidak menimbulkan fitnah dan tidak merasai sesuatu kelazatan dengan bersalaman sedemikian (nafsu syahwat)."
"

26. assalamualaikum ustaz saya ada seorg adik lelaki..baru2 ni, saya terbaca sms dia dan teman wanitanye.mereka berbicara soal seks..dan lebih mengejutkan lagi, mereka telah pun melakukan perbuatan hina tu beberapa kali ketika waktu bekerja..malah adik saya tu seorang yang kurang ajar dan suka bergaduhdgn mak saya hingga selalu memukul kami berdua hanya kerana keinginan tidak tercapai dan kerana berlagak dengan ilmu silat die..saya tak mahu mak saya tahu dan membuatkan dia sedih..kami tak ada ayah ..ayah tiri saya selalu tak adil kt mak saya..saya tak tahu macam mana nak buat adik saya tuh tinggalkan perbuatan dia ttapi takut die pukul saya..lau boleh,saya tak nak mak saya tahu..mesti die kecewa dan sedih..apa yang perlu saya buat ustaz? saya tertekan kerana tak boleh berkongsi masalah ni dgn org lain kerana melibatkan maruah keluarga? tolong la ustaz...

Jawapan Bersabarlah dengan ujian dan dugaan ini. Saudari tidak perlu memberitahu ibu tentang kesilapan anak lelakinya itu, apatah lagi sekiranya anak lelaki itu bersikap biadab dan kurang ajar terhadap ibu sendiri. Dia melakukan dosa-dosa besar tanpa merasa bersalah. Cuma saudari boleh menganjurkan agar mereka berkahwin segera, dan memohon agar ibu selalu berdoa dan solat hajat agar anak lelakinya itu berubah, bertaubat dan menjadi anak yang berguna. Sesungguhnya doa ibu adalah mustajab. "
"

27. apakah hukumnya mencabut atau mencukur bulu roma tangan atau kaki bagi lelaki?

Jawapan Mencabut atau mencukur bulu roma tangan atau kaki bagi kaum lelaki adalah dilarang sekiranya dibuat tanpa ada sebarang kemaslahatan atau kemudaratan yang tertentu yang menyebabkan individu tersebut ditimpa penyakit, atau menyebabkan penyakitnya bertambah teruk atau sebagainya. Wallahualam."
"

28. 1. Setiap kali solat di pejabat, saya selalu memakai stokin kaki. Apa hukumnya ? 2. Adakah sah solat jika sedang solat saya a) menahan kentut/kencing b) menahan berak c) menahan berak hingga ada terase berak nak keluar (tapi tak keluar lagi) 3. Semasa solat subuh rakaat pertama mash di dalam waktu, tetapi masuk rakaat kedua waktu subuh dah habis. Ertinya memberi salam di luar waktu. Apakah sah atau kena kodo solat subuh itu.

Jawapan 1. Tidak menjadi masalah memakai stoking ketika bersolat. Namun pastikan terlebih dahulu stoking tersebut adalah bersih dan suci daripada sebarang najis. 2. solat tersebut sah, tetapi makruh. Panel menasihatkan supaya anda buang air terlebih dahulu sebelum bersolat bagi mengelakkan daripada berulang lagi keadaan ini. 3. Solat anda diterima dan tidak perlu mengqadanya. Wallahualam. "
"

29. Adakah sah nikah seorang wanita yg berkahwin lain tetapi masih dlm edah dan taraf anak yg lahir selepas itu

Jawapan Perkahwinan tersebut tidak sah. Anak yang lahir hasil daripada perkahwinan seperti itu dikategorikan sebagai anak wati shubhah (anak yang tidak diketahui siapa ayahnya). Hal ini disebabkan perkahwinan tersebut berlaku semasa wanita tersebut masih di dalam edah suami pertamanya dahulu, dan inilah tujuan mengapa Islam menetapkan tempoh yang tertentu (tempoh masa edah) bagi setiap penceraian bagi memastikan rahim wanita tersebut bersih dari saki-baki benih suami tersebut (suci rahimnya/tidak hamil). Wallahualam."
"

30. Assalamualaikum.... saya nak tanya soalan mengenai puasa sunat... benarkah berpuasa pada hari jumaat hukumnya haram?

Jawapan Waalaikumussalam saudari. Hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat adalah Makruh kecuali Tarikh 10 Muharram jatuh pada hari Jumaat. Namun begitu, Islam menganjurkan umatnya berpuasa sunat seperti hari-hari berikut iaitu Puasa enam hari pada bulan Syawal, Puasa hari Arafah, Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam, Puasa bulan Syaaban, Puasa Isnin dan Khamis, Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah). Rasulullah telah bersabda dalam Hadith riwayat Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah seseorang di antara kamu berpuasa jika hanya pada hari Jumaat sahaja melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya Hadis Sahih Muslim "
"

Muka: 1 |  2 |  3 |  4 |  5 |  6 |  7 |  8 |  9 |  10 | 
                       
 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768