Kemusykilan Agama: Soalan Paling Popular
Soalan
11-20 dari
7,638 soalan
Kemukakan/hantar Soalan
11.
makna peribadi dan akhlak mulia teras muslim sejati.terangkan lebih mendalam
Jawapan Dalam satu hadis Baginda Rasulullah s.a.w menyebut bahawa : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Malah Saidatina Aisyah apabila ditanya bagaimana akhlak nabi, beliau menjawab “ sesungguhnya akhlak baginda adalah al-Quran”. Hadis dan perumpamaan yang diberikan oleh Saidatina Aisyah tersebut menunjukkan tentang betapa Islam menekankan tentang akhlak yang mulia. Kerana di atas kemuliaan akhlak inilah maka hasrat untuk melahirkan seorang muslim yang sejati dapat direalisasikan. "
"
12.
semasa seseorang perempuan datang bulan,adakah dia boleh membaca surah-surah al-quran tanpa memegangnya?
Jawapan Haram bagi perempuan dalam keadaan haidh membaca surah-surah dalam al-Quran."
"
13.
Assalamualaikum,saya ingin bertanya apakah hukumnya apabila kita sudah meminta maaf pada seseorng itu tapi masih jelas yang dia tak mahu berbaik baik semula dengan saya.Benarkah ada sesetangah orang mengatakan jika orang tersebut tak mahu memaafkan kita maka dosa kita terhadapnya tidak akan terampun selagi dia tidak memaafkan kita.Sedangkan saya sudah berulang kali cuba menegurnya dan cuba berbaik semula tetapi tidak disambut baik.
Jawapan Waalaikumussalam, Sebagai orang Islam kita perlu berkomunikasi sesama manusia lain lebih-lebih lagi sesama Islam. Sikap tidak bertegur sapa sesama Islam lebih daripada tiga hari adalah menyalahi ajaran Islam dan ia telah berdosa.Sikap yang terbaik ialah dengan segera menegur dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan.Inilah contoh akhlak yang terpuji yang dianjurkan Islam. ."
"
14.
Sila terangkan maksud al-wala wal barra'
Jawapan Maksud al-wala wal barra ialah pemimpin yang berintegriti "
"
15.
1. Betulkah lelaki memakai gelang tangan untuk kesihatan adalah haram? 2. Betulkah solat lelaki tidak sah jika sembahyang di rumah walaupun ada surau @ masjid di depan rumah?
Jawapan Harus memakai gelang tangan magnet untuk tujuan perubatan. Terdapat hadis yang sahih Daripada Nabi SAW tidak sah solat mereka yang sembahyang di rumah sedangkan terdapat jemaah di surau ataupun masjid yang berdekatan."
"
16.
Assalamualaikum Apakah hukum mewarnakan rambut dengan menggunakan produk yang ada halal.Terima kasih
Jawapan Untuk makluman saudari, pemakaian pewarna rambut (warna inai) adalah diharuskan dengan syarat : 1- Pewarna rambut itu halal (mempunyai logo halal JAKIM atau JAIN) dan suci 2- Niat si pemakai untuk menutup keaiban sekiranya rambut beruban sebelum tiba masanya. 3- Selain dari warna warna hitam Oleh itu, berkenaan dengan wuduk, sekiranya pewarna rambut yang digunakan itu mempunyai logo halal JAKIM, dijamin bahawa ianya suci, telap air (boleh dibawa berwuduk) dan boleh dibawa ketika solat. Jadi solat sah jika menggunakan pewarna yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan. ."
"
17.
adakah boleh seseorang itu meluruskan rambutnya dengan rebonding?
Jawapan Hukum memotong rambut dan rebonding bagi wanita bergantung bagaimana niatnya. Jika niatnya untuk menyerupai wanita-wanita kafir atau fasiq, maka tidak boleh. Tapi jika niatnya untuk menyenangkan suami atau untuk meringankan dirinya, menurut saya ini tidak terlarang. Dengan sayarat sesuai dengan hadits yang terdapat dalam Shahih Muslim, bahwa isteri-isteri Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dahulu memotong rambut mereka hingga sepanjang kuping (tempat anting-anting) telinga . "
"
18.
Saya perlu membuat satu pembentangan mengenai 'Anak Derhaka'. Ada beberapa soalan yang diperlukan bagi menyiapkan kertas kerja tersebut. Dimanakah boleh saya dapatkan jawapan-jawapan yang tepat bagi kertas kerja saya itu?
Jawapan Anda boleh merujuk diperpustakaan yang berhampiran ditempat anda."
"
19.
salam... saya nak tanye, kalau saya nak masuk tarikat naqsyahbandi boleh ka?? Saya takut saya tersalah pilih kerana ada tarikat yg menyeleweng... Bagaimana pulak dgn tarikat naqsyahbandi, adakah tarikat ini menyeleweng??? terima kasih...
Jawapan Wa'alaikumussalam, saudara dinasihatkan supaya mengikuti zikir yang biasa dilakukan oleh ulama yang tidak terikat dengan mana-mana tarikat. kerana itu adalah yang terbaik bertepatan dengan sunnah nabi saw"
"
20.
apakah maksud menyapu moza?
Jawapan Tiada istilah menyapu moza, yang ada hanyalah menyapu khuf. Rukhsah di negara yang beriklim sejuk antaranya ialah memakai khuf (kasut kulit yang tidak ditembusi sehingga buku lali) setelah selesai berwudhu' pertama kali. Untuk wudhu' yang seterusnya hanya perlu menyapu air di atas khuf sahaja"
"