Kemusykilan Agama: Soalan Paling Popular
Soalan
91-100 dari
7,638 soalan
Kemukakan/hantar Soalan
91.
kelonggaran / ruksah semasa melancong (musafir)
Jawapan Rukhsah adalah kelonggaran dari segi meringankan perkara ibadat ketika dalam keadaan tertentu seperti musafir , sakit dan sebagainya. Contohnya menunaikan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat (qasar). Atau pun menghimpun dua solat dalam satu waktu (jama')."
"
92.
apa hukumnya anak lelaki berumur dalam lingkungan 4-9 tahun melihat aurat emak dia? adakan aurat ibu kandung depan anak lelakinya dari pusat hingga lutut? adakan boleh jikalau ibu dan anak kelaki bermandi sama, jikalau boleh apa had2 aurat?
Jawapan Aurat anak dengan ibunya ialah di antara pusat dan lutut sahaja. Tidak digalakkan anak lelaki mandi bersama dengan ibunya. Harus mandi bersama dengan syarat menjaga aurat di antara pusat dan lutut."
"
93.
assalamualaikum.saya ingin bertanya kenapa perlu jenazah dikebumikan secepat mungkin?
Jawapan Waa'laikumussalam. Jenazah wajib dikebumikan dengan segera kerana mematuhi hadith Nabi Muhammad s.a.w yang menyuruh berbuat demikian untuk kebaikan si mati."
"
94.
adakah berdosa sekiranya tidak mengerjakan aqiqah?
Jawapan Aqiqah merupakan ibadat sunat yang amat dituntut (sunat muakkad) untuk dilakukan oleh ibu bapa kepada seseorang bayi yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat dan rezeki yang diberikan Allah. Sekiranya pasangan tersebut tidak mampu untuk melakukannya, mereka tidak dihukum berdosa. "
"
95.
saya mempunyai teman non muslim dan dia bilang dia menyukai saya selama-lamanya dan tidak akan berubah, saya tidak punya perasaan apa2 dengannya hanya menganggapnya sebagai teman,lalu apa yang harus saya lakukan padanya, dia sering sms saya, dengan nada perhatian,apa saya tidak apa2 membalas smsnya,dia juga sering memperingatkan saya untuk ibadah???
Jawapan Anda dinasihatkan untuk berterus terang dengan kawan non muslim anda itu tentang perhubungan tersebut. Teruskan persahabatan anda dengan menjaga adab-adab sebagai seorang muslim. Akhlak yang baik juga merupakan salah satu dakwah kepada bukan muslim. Semoga dia akan tertarik untuk mendalami Agama Islam melalui anda."
"
96.
Saya sudah lima tahun berkahwin, alhamdulillah! dalam tempoh tersebut telah mendapat empat orang cahaya mata puteri tiga orang dan putra seorang. Kemusykilan saya selepas lahir anak ke empat kami isteri saya gemar menugulum atau menghiap zakar saya. Soalan saya apa hukum jika isteri, gemar mengulum atau menghisap zakar suami di atas kerelaan sendiri dan suami pula akan membalasnya dengan mengulum dan menjilat kelentit isteri
Jawapan Islam telah menggariskan adab-adab berjimak maka lebih baik mengikutinya."
"
97.
Assalamulaikum w.b.t. Ada yang menyatakan boleh memasuki masjid ketika haid asalkan darah tidak keluar/menitik. Adakah ianya betul?
Jawapan Orang yang berhaid tidak boleh memasuki masjid walaupun tidak menitik darahnya,."
"
98.
bolehkah saya mebaca barzanji dengan mengunakan bahasa melayu.
Jawapan Boleh berzanji dengan menggunakan apa-apa bahasa sekalipun termasuk bahasa Melayu.."
"
99.
Assalammulaikum, ingin mendapatkan kepastian hukum salam cium tangan, seorang isteri salam cium tangan dengan abang ipar dan adik ipar lelaki dihadapan suami
Jawapan Wa'alaikumussalam Adik dan abang ipar bukan mahram, oleh itu seorang isteri dilarang bersalaman dengan abang ipar atau adik ipar walaupun dihadapan suami. "
"
100.
Assalamualaikum..saya ingin bertanya..Sekarang ini saya mengalami tekanan..dan akibatnya saya menjadi pendiam.pada masa ini saya memerlukan masa menyelesaikan masalah saya tersebut..Kawan2 di sekeliling saya sering mengatakan saya ini sombong dan tidak mahu bergaul dengan mereka seperti biasa...Saya cuba untuk bergaul seperti biasa tetapi tiadk seperti sebelum ini...Kadangkala saya langsung tidak bercakap dengan mereka dan seboleh-bolehnya saya cuba menjauhkan diri dari mereka buat sementara waktu...Soalan saya: Adakah perlakuan saya ini dikira berdosa? dan termasuk dalam memutuskan hubungan silaturrahim? walaupun saya masih lagi mengambil berat
Jawapan Anda boleh menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang dan berhikmah tanpa perlu meminggirkan diri dari kawan-kawan dan masyarakat."
"