Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

2 September 2010

 

Maklumat Masjid

Masjid Al-azim

Sebelum | 1 | 2 | 3 | 4 | Selepas

Latar Belakang

Rancangan pembinaan Masjid Al-Azim ini adalah satu daya usaha yang dipelopori oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Ia merupakan salah satu projek terbesar Kerajaan Negeri Melaka yang bermatlamat menegakkan syiar Islam dan sebagai simbol perpaduan ummah di negeri ini. Malahan menjadi suatu mercu tanda tentang peranan Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400 -1511M) sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara.

Pembinaan masjid ini menelan belanja sejumlah RM19.5 juta yang merangkumi 2 fasa. Fasa pertama telah pun siap dibina dalam jangkasama 7 tahun. Masjid ini telah mula digunakan sejak 12 Januari 1990 untuk sembahyang Jumaat dan sembahyang lima waktu.

Masjid ini telah dirasmikan pada hari Jumaat 20 Zulhijjah 1410 H bersamaan 13 Julai 1990M yang merupakan suatu upacara bersejarah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Azlan Shah.

Maklumat Lanjut

Nama Masjid: MASJID AL-AZIM

Alamat: BUKIT PALAH, 75400 MELAKA

Sebelum | 1 | 2 | 3 | 4 | Selepas
 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai di papar menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768