• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Jamek Sultan Abdul Samad

Latar Belakang


Masjid Jamek ini terletak di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Selangor, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Masjid yang tertua di Wilayah Persekutuan ini mendapat tumpuan orang ramai di sekitar pusat bandar. Sejak tahun 1979 Masihi, kerja-kerja pemulihan dan pembesarannya telah dijalankan sehingga 10 Mei 1983 Masihi yang melibatkan pembesaran masjid ke peringkat optimum tanpa mengubah reka bentuk asalnya.

Pembinaan masjid ini hanya mengambil masa selama sembilan bulan dan kosnya telah dibiayai oleh kerajaan dan sumbangan orang ramai. Memandangkan ia menjadi tumpuan ramai, beberapa tahun kemudian pihak kerajaan telah membesarkan ruang masjid ini serta dilengkapi dengan permaidani dan lampu-lampu hiasan. Kerja-kerja pembesaran masjid ini dilakukan pada tahun 1979 Masihi. Kemudian sekali lagi masjid ini diperbaiki pada tahun 1993 Masihi akibat keruntuhan salah sebuah kubahnya.
Reka

Binaan


Rekabentuk Masjid
Masjid Jamek mempunyai reka bentuk berdasarkan pengaruh seni bina dari India Selatan atau Moghul. Kubah utamanya diiringi kubah-kubah kecil. Antara ciri-ciri lain ialah menara kecil dan besar yang dilengkapi kubah yang menjadi identiti masjid ini.
Arkiteknya Arthur Benison Hubback seorang arkitek Inggeris yang juga bertanggung jawab membina Bangunan Sultan Abdul Samad. Justeru reka bentuk Masjid Jamek ini diselaraskan dengan bangunan tersebut.

Kemudahan


Tarikan Pelancong
Sebelum Masjid Negara dibuka pada tahun 1965 Masihi, Masjid Jamek menjadi masjid utama para penduduk kota menunaikan solat. Lokasinya amat strategik kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti pengangkutan, pusat membeli belah, pendidikan swasta dan lain-lain menjadikan ia antara masjid yang paling ramai pengunjung tanpa mengira waktu. Di samping itu, keunikan seni bina dan sejarahnya menjadikan ia antara tempat yang sangat popular di kalangan pelancong.

Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-14-WKL-00051

Nama Masjid: MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD

Alamat: JALAN TUN PERAK

Telefon: 03-26912829


Maklumat Imam

Zulhusni Bin Salleh
Abdul Halim Bin Yatim


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768