• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Tengkera

Latar Belakang


Masjid ini terletak di sebelah kanan Jalan Tengkera yang bersempena dengan nama Mukim Tenqureah yang dujudkan oleh pemerintahan Portugis di Melaka. Masjid Tengkera adalah diantara masjid yang tertua di Melaka.Ia dibina semula pada 1821 Masihi dan siap pada tahun 1850-an di atas tapak masjid lama yang dibina pada tahun 1750 Masihi semasa zaman pemerintahan Belanda. Ia dikatakan masjid kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit. Masjid ini pernah dijadikan sebagai Masjid Utama atau Masjid Negeri bagi negeri Melaka.



Binaan


Masjid yang bercirikan senibina tradisional Melaka dan campuran senibina Sumatera dan China. Masjid ini mempunyai 3 lapisan bumbung yang terdiri daripada bumbung verandah, bumbung ruang sembahyang dan bumbung kubah. Di bahagian hadapan masjid ini dipagari dengan tembok batu yang dihias kekisi porselin. Pintu gerbangnya dihiasi dengan ukiran tulisan khat dan berbumbung bentuk bumbung pagoda. Di bahagian hadapan verandah pula terdapat sebuah menara di mana di bahagian bawah menara dibuat bumbung berkeliling.

Pelan bukaan masjid berbentuk segi empat. Seperti masjid-masjid lain di Melaka, bumbung masjid ini direka bentuk bertingkat-tingkat sebanyak tiga lapisan. Pada asalnya bangunan masjid ini didirikan hanya berasaskan kayu dan atap yang diperbuat daripada daun nipah. Tiangnya pula daripada kayu berlian atau ulin yang didatangkan dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaiki sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1890 Masihi dan 1910 Masihi.

Makam Sultan Hussein
Di dalam kawasan Masjid Tengkera ini terdapat sebuah makam, iaitu makam Sultan Hussein Muhammad Shah, Sultan Johor yang telah menandatangani perjanjian penyerahan Singapura bersama Sir Stamford Raffles pada tahun 1819 Masihi. Baginda telah berhijrah ke Melaka dan mangkat pada 5 September 1835 Masihi lalu dimakamkan di perkarangan masjid ini

Kemudahan



Keistimewaan




Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-04-MT-00147

Nama Masjid: MASJID TENGKERA

Alamat: KM. 2, TENGKERA, 75200 MELAKA


Maklumat Imam

En Alias Bin Mohamad
Muhammad Ilyas Bin Mohd Mokhtar


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768