Masjid Negeri
Latar Belakang
Penantian yang begitu lama oleh anak-anak jemaah Arau bagi mendapatkan sebuah bangunan masjid baru yang lebih luas dan selesa telah dimakbulkan Allah pada tahun 1973 iaitu apabila Kerajaan Negeri Perlis pimpinan Dato’ Sheikh Ahmad bin Muhammad Hashim telah bersetuju untuk membangunkan sebuah masjid Negeri di tapak masjid yang ada sekarang.
Pada mulanya Jawatankuasa pembinaan masjid ini telah menetapkan kos pembinaannya sebanyak RM 400,000 tetapi malang sekali pembinaannya terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana kenaikan kos bahan-bahannya semasa projek pembinaan dijalankan. Walau bagaimanapun akhirnya projek pembinaan Masjid Negeri ini yang perletakan batu asasnya disempurnakan oleh Raja Perlis, Syed Putra Jamalullail pada hari Jumaat 18 Mac 1972 bersamaan 2 Safar 1392H telah berjaya disiapkan kemudiannya. Pembukaan rasmi masjid ini disempurnakan pada hari Jumaat 6 Februari 1976 bersamaan 6 Safar 1396H oleh Raja Syed Putra Jamalullail. Masjid Negeri yang telah dianggarkan boleh memuatkan jemaah yang cukup pada hari jumaat dan musim perayaan ini juga masih perlu diubahsuai. Sehingga kini Masjid Negeri ini sedah dua kali diubahsuai supaya ruangnya lebih luas seperti yang kita saksikannya sekarang.
Maklumat Lanjut
Nama Masjid: MASJID NEGERI
Alamat: 02600 ARAU, PERLIS