• Pakej KAFA


Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

27 Januari 2011

 

Maklumat Masjid

Masjid Jamiatus Solehah

Latar Belakang



Binaan


Binaan masjid ini adalah bercorakkan melayu lama yang mana jelas kelihatan daripada kubahnya dan sisipan angin pada dinding bangunannya. Kubahnya agak berlainan berbanding kubah-kubah masjid lain yang dibina pada masa kini dimana dipuncaknya terdapat logo bulan bintang.

Hampir semua binaannya terdiri dari batu bata konkrit dan beratapkan asbestos.

Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani hijau kuning didalamnya dan lantai jubin yang nyaman dan selesa diluarnya untuk para jemaah mengerjakan ibadah.


Kemudahan


Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang sederhana luas, van jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang, alat penghawa dingin dan kolah untuk wuduk .

Keistimewaan


Masjid ini sentiasa menyediakan program-program kuliah harian dan ceramah untuk para jemaah.

Masjid ini senang untuk disinggahi kerana ianya terletak ditepi jalan pertemuan antara KL-Kuala Langat-Bangi dan mempunyai ruang parkir diluar bangunan maasjid.


Maklumat Lanjut

No Daftar: MY-10-SPG-00124

Nama Masjid: MASJID JAMIATUS SOLEHAH

Alamat: PEKAN DENGKIL, 43800 DENGKIL


Maklumat Imam

Mustangin Bin M. Hassan
Zulpan Nasution Bin Mahad
Abdul Rahman Al-akhdori Bin Mohd Noor


 

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © MAMPU Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768