Masjid Negeri
Latar Belakang
Masjid Negeri ini terletak di Arau. Peletakan batu asas telah disempurnakan oleh Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hasan Jamalullail, pada 2 Safar 1392 Hijri bersamaan 18 Mac 1972 Masihi sempena sambutan hari keputeraan baginda yang ke-54.
Pada 6 Safar 1396 Hijri bersamaan 6 Februari 1976 Masihi telah berlangsung majlis perasmian masjid ini oleh Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hasan Jamalullail sempena keputeraan baginda yang ke-58, iaitu kira-kira empat tahun selepas peletakan batu asas. Sebelum pembinaan masjid ini, Masjid Alwi yang terletak di Kangar merupakan masjid pertama yang pernah dijadikan sebagai Masjid Negeri bagi negeri Perlis.
Binaan
Masjid ini berkonsepkan seni bina klasik Arab Moor. Ia mempunyai bumbung rata dan kubahnya menjadi salah satu elemen yang dapat dilihat dari jauh. Kubah ini terletak pada ketinggian kira-kira 20 meter dari permukaan tanah. Bentuknya separa bulat berwarna biru yang disesuaikan dengan warna dinding masjid.
Terdapat dua buah kubah kecil dibina di bahagian anjung. Bumbung menara azan pula dari segi reka bentuk, menyerupai konsep kubah Masjid Negara, iaitu berbentuk seperti payung yang dikuncupkan.Tulisan khat potongan ayat suci al-Quran menjadi tatarias palang kedua-dua tiang pintu mimbar. Warna emas juga turut digunakan pada gerigi tangga daripada kayu berukir. Sebuah kubah kecil diletakkan di bahagian bumbung berbentuk bawang yang dihiasi pula jaluran emas.
Kemudahan
Keistimewaan
Maklumat Lanjut
No Daftar: MY-09-AR-00001
Nama Masjid: MASJID NEGERI
Alamat: 02600 ARAU, PERLIS
Maklumat Imam
Muridi Bin Mohamad