Jumlah Pengunjung :

 

Tarikh Kemaskini :

16 April 2012

 

BERIMAN KEPADA RASUL-RASUL ALLAH A.S.

Rasul-rasul itu semuanya - menurut pertimbangan akal dan keterangan syarak - tetap terpelihara daripada melakukan sebarang perkara dosa,  bahkan sebarang perkara makruh;  mereka tetap dengan sifat-sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia,  yang menjadikan mereka ikutan yang baik dan contoh utama. Kalau mereka tidak bersifat demikian, sudah tentu mereka tidak akan disegani dan tidak dihormati oleh orang ramal, bahkan mereka dipandang rendah dan tidak dipercayai oleh masyarakat; maka tidak akan ada sesiapa yang mahu menurut pimpinan mereka, dan akan hilanglah tujuan Tuhan mengutus mereka untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar bahkan kalaulah mereka melakukan sesuatu yang mencacatkan sifat kesempurnaan kemanusiaannya, seperti mereka meninggalkan sesuatu yang wajib,  atau mengerjakan sesuatu yang haram,  atau pun mereka melak!kan apa-apa jua yang bertentang dengan akhlak yang mulia, seperti berdusta, berlaku khianat,  menyembunyikan kebenaran, memungkiri janji dan sebagainya nescaya akan menjadilah mereka ikutan yang buruk,  dan tidaklah menjadi contoh utama dan pedoman pertunjuk. Maka yang demikian adalah mustahil, kerana mustahil bagi Allah Taala menyetujui perkara-perkara yang buruk atau menyuruh supaya orang-orang yang bersifat buruk itu dijadikan ikutan, sedang manusia diperintahkan menurut Rasul. 

Menurut keterangan syarak pula, ada beberapa ayat yang menunjukkan bahawa Rasul-rasul itu dikurniakan Allah dengan sifat-sifat kesempurnaan, di antaranya yang diterangkan dalam Surah al-An'am, ayat 90 dan 98, ertinya:

"Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepadanya kitab suci,  dan hikmat (ilmu pengetahuan), serta pangkat kenabian. Oleh itu, jika orang-orang (kafir) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum (lain) yang tidak akan kufur kepadanya.

"Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah,  maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan pertunjuk mereka; katakanlah: `Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai pertunjuk (al-Qur'an yang aku sampaikan) itu. Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.!

Juga diterangkan dalam Surah al-Anbia', ayat 73, ertinya:

"Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jaIan yang benar) dengan perintah Kami; dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembah yang, serta memberi zakat dan mereka pula sentiasa beribadah kepada Kami."

Sebagaimana terpeliharanya kesempurnaan martabat Rasul-rasul itu daripada sebarang perkara yang mencacatkannya, terpelihara pula akal fikiran dan tubuh badan mereka dari sebarang penyakit yang meliarkan orang ramai daripada mendekati dan mencampuri mereka, seperti penyakit gila,  kusta dan sebagainya.

Dengan yang demikian, mana-mana keterangan syarak yang zahirnya menunjukkan adanya perkara-perkara yang mencacatkan kesempurnaan martabat - akal fikiran atau tubuh badan setengah Rasul-rasul itu, maka keterangan yang tersebut tidak boleh difahami menurut zahirnya, kerana hakikat yang sebenarnya berlainan dari yang ternyata pada zahirnya.

Misalnya: Ayat 121, Surah Taha, pada zahirnya mengatakan Nabi Adam telah melanggar perintah Tuhannya dan menurut hasutan syaitan tetapi hakikat yang sebenar perkara itu dilakukan oleh Nabi Adam disebabkan ia lupa akan pesanan Allah dengan tidak mempunyai keazaman melakukannya, sebagaimana yang ditegaskan oleh Tuhan dengan firmanNya pada ayat 115, Surah Taha, ertinya: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. 

"Dan sebagaimana yang sedia diketahui bahawa Allah Taala tidak mengira salah: Perkara yang dilakukan oleh seseorang dengan lupa, lagi pun kejadian !tu berlaku sebelum Adam dilantik menjadi Nabi, 

dengan dalil ayat 122, Surah Taha, ertinya.

"Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufik untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi pertunjuk."

Sekali pun perkara yang berlaku pada Adam itu bukanlah pada hakikatnya satu kesalahan,  tetapi memandang kepada martabat Adam yang sebegitu tinggi dan mulia di sisi Allah kerana dialah seorang makhluk yang diciptakan Tuhan dengan tidak berperantaraan ibu atau bapa,  yang diajarkannya dengan ilmu pengetahuan yang luas,  yang diberikan penghormatan dengan memerintahkan Malaikat sujud kepadanya, dan yang ditempatkan di dalam Syurga yang penuh dengan kesenangan dan kemewahan,  maka apa-apa jua yang tidak dikira salah dan yang dipandang kecil dilakukan oleh orang kebanyakan yang tidak berpengetahuan, dipandang besar dan berat jika dilakukan oleh orang yang mempunyai martabat yang tinggi dan pengetahuan yang luas. 

Demikianlah kesimpulan aqidah kepercayaan mengenai Rasul-rasul Tuhan a.s.

Waktu Solat [ Kuala Lumpur ]

 

Hakcipta Terpelihara 2012 © Jakim Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

 

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768