Qurban

Korban Dari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allahsubhanahu wata'ala.  Dari sudut syara', korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allahsubhanahu ... Baca Lagi

Haji

Menunaikan ibadah haji adalah sesuatu yang amat dirindukan oleh setiap umat Islam, bahkan oleh yang telah menunaikannya berkali-kali sekalipun. Karena itu, bagi yang dimudahkan Allah untuk bisa menunaikan ibadah haji ... Baca Lagi

Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya. ... Baca Lagi

HADIS

Fasal Pertama : Mengenal Allah dan MengEsakan-Nya

Firman Allah Taala, ertinya: Demi sesungguhnya Tuhan kamu hanya satu." (4, Surah as-Saaffaat). Sifat-sifat Ketuhanan:  " .. dan tidak ada yang bersifat ketuhanan(1) melainkan Allah,  Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya." (65, Surah Sad). Ilmu Dan Martabat-martabatnya: "Maka ...
Baca lagi

Fasal Kedua : Membersihkan Tauhid Dari Sebarang Syirik

Islam - sebagaimana yang telah dijelaskan- adalah agama Tauhid yakni agama yang berasaskan iman kepada keEsaan Allah Yang Maha Kuasa.  Maka ukuran sempurna atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung kesempurnaan Tauhidnya. Tauhid yang sempurna itu apabila ke dalam ...
Baca lagi

Waktu Solat
Putrajaya

14 JAMADIL AWAL 1436
bersamaan
4 March 2015

Subuh 6:08
Syuruk 7:24
Zohor 1:28
Asar 4:42
Maghrib 7:28
Isyak 8:38

[www.e-solat.gov.my]

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra didirikan pada 22 Zulkaedah 1419 Hijri bersamaan 9 Mac 1999 Masihi. Ia menjadi mercu tanda Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini dinamakan Masjid Putra sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Haji

haji

Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain.

Pengertiannya dari Sudut Bahasa

Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.

Pengertiannya dari Sudut Istilah Syarak

Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu.

 

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Berkemampuan
  4. Merdeka
  5. Baligh
  1. Selamat tubuh badan
  2. Aman perjalanan
  3. Tidak ditahan
  4. Terdapat mahram atau suami bagi perempuan
  5. Tidak berada dalam idah bagi perempuan
  1. Islam
  2. Berihram Masa (Miqat ihram menepati masa)
  3. Tempat (Miqat ihram mengikut tempat)Mumayyiz
  4. Berakal
  5. Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran
  6. Tidak bersetubuh

Cara-cara Mengerjakan Ibadat Haji

Ia terdiri dari tiga cara iaitu:

Ifrad:

Iaitu berniat Haji sahaja.
Ifrad bermakna jemaah Haji berihram dari miqat dengan niat Haji sahaja kemudian dia bertalbiah seterusnya dia kekal berada dalam keadaan berihram sehingga dia wuquf di Arafah, dia melontar Jamrah Aqabah dan bertahallul dari ihramnya.
Perangkaan tempat yang terdapat di sebelah kanan paparan menjelaskan perjalanan jemaah Haji Ifrad langkah demi langkah.

Firman Allah Taala:

haji

Yang bermaksud:Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Berihram Haji Ifrad:

Berihram ialah niat dan talbiah.

Ia dilakukan dari tempat miqat atau sebelumnya supaya lebih tenang.

Apabila jemaah Haji ingin berihram dia disunatkan:

  1. Menggunting rambutnya atau mencukurnya mengikut kebiasaannya sebelum itu.
  2. Memotong kukunya dan menghilangkan bulu kemaluannya.
  3. Mandi dan berwuduk.
  4. Memakai pakaian ihram iaitu sarung dan selendang putih, bersih dan yang afdhal adalah yang baru.
  5. Memakai wangi-wangian kemudian mendirikan sembahyang sunat sebanyak dua rakaat pada bukan waktu yang makruh.

Kemudian jemaah Haji bertalbiah dengan berkata:

haji2

Dia mengulanginya sebanyak tiga kali dan dia mengakhirinya dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jemaah Haji mengulangi talbiah setiap kali dia mendaki bukit, turun ke lembah bukit, menaiki kenderaan atau turun darinya dan ketika berjumpa para sahabat, kenalan-kenalan serta selepas selesai sembahyang.

 

b kemusykilan

b al quran

b doa

b kafa

JAKIM TV

Ikuti Kami