Ibnu Rusyd

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja ... Baca Lagi

Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar ... Baca Lagi

Al-Farabi

Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah ... Baca Lagi

HADIS

Fasal Pertama : Mengenal Allah dan MengEsakan-Nya

Firman Allah Taala, ertinya: Demi sesungguhnya Tuhan kamu hanya satu." (4, Surah as-Saaffaat). Sifat-sifat Ketuhanan:  " .. dan tidak ada yang bersifat ketuhanan(1) melainkan Allah,  Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaan-Nya segala-galanya." (65, Surah Sad). Ilmu Dan Martabat-martabatnya: "Maka ...
Baca lagi

Fasal Kedua : Membersihkan Tauhid Dari Sebarang Syirik

Islam - sebagaimana yang telah dijelaskan- adalah agama Tauhid yakni agama yang berasaskan iman kepada keEsaan Allah Yang Maha Kuasa.  Maka ukuran sempurna atau tidaknya Islam seseorang adalah bergantung kesempurnaan Tauhidnya. Tauhid yang sempurna itu apabila ke dalam ...
Baca lagi

Waktu Solat
Putrajaya

06 JAMADIL AKHIR 1436
bersamaan
27 March 2015

Subuh 6:00
Syuruk 7:16
Zohor 1:22
Asar 4:23
Maghrib 7:25
Isyak 8:33

[www.e-solat.gov.my]

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin muncul sebagai satu mercu tanda baru di Putrajaya. Masjid ini mula dibina oleh Perbadanan Putrajaya pada tahun 2004 Masihi di satu kawasan seluas 4.04 hektar berhampiran Tasik Putrajaya di Presint 3, Putrajaya dan siap pada bulan September 2009 Masihi.

Bersuci - Mandi

Pengertian Mandi

Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.

Dari segi syara', mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

Perkara Yang Mewajibkan Mandi

  1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.
  2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
  3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
  4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
  5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
  6. Mati, kecuali mati syahid.

Fardu Mandi

1. Berniat pada permulaan kena air pada badan. Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:suci-mandi clip image001

Maksudnya: “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.

atau

suci-mandi clip image001 0003

Maksudnya:

“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.

Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:

suci-mandi clip image001 0004

Maksudnya:

“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.

atau

suci-mandi clip image001 0005

Maksudnya:

“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.

 

2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.

3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.

Perkara Sunat Semasa Mandi

Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:

  1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz
  2. Berwudhu’ sebelum mandi.
  3. Membasuh dua tapak tangan.
  4. Menggosok seluruh bahagian badan.
  5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.
  6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.
  7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

Mandi-Mandi Sunat

Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:

  1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.
  2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.
  3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).
  4. Mandi kerana gerhana bulan.
  5. Mandi kerana gerhana matahari.
  6. Mandi kerana memandikan mayat.
  7. Mandi kerana masuk agama Islam.
  8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.
  9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.
  10. Mandi ketika hendak ihram.
  11. Mandi kerana masuk Makkah.
  12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.
  13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.
  14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.
  15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.
  16. Mandi kerana sa‘i.
  17. Mandi kerana masuk ke Madinah.

 

b kemusykilan

b al quran

b doa

b kafa

JAKIM TV

Ikuti Kami